Apa sebenarnya persepsi yang Majlis Syura' nak tanam dalam isu Ust Nasha? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 10, 2012

Apa sebenarnya persepsi yang Majlis Syura' nak tanam dalam isu Ust Nasha?

Harakahdaily melaporkan:
Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya. - Hrkh.  
Malaysiakini pula melaporkan:
"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

"(Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.

Kenyataannya itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Nasharudin yang dilihat sebagai duri dalam daging parti itu, ekoran kenyataan MP Bachok itu sebelum ini.

Ditanya sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Itu tunggu pilihan raya (nanti) termasuk saya sendiri tak tahu jadi calon ataupun tidak," katanya. - Mkini.
Kesimpulannya, Ust Nasha bukan saja tak dipecat dari PAS ataupun sekurang-kurangnya dibagi amaran keras macam ada sebahagian ahli PAS harapkan, malah isu Ust Nasha langsung takdak dalam agenda mesyuarat.

Aku harap sangat 'ijtihad' Majlis Syura' kali ni betul-betul tepat. Tak kira la apa pun bentuk persepsi yang depa ingin tanamkan dalam fikiran ahli dan penyokong PAS khususnya dan seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi amnya.

Dan aku sangat-sangat harap 'intihad'  Majlis Syura' untuk langsung tak bincangkan isu Ust Nasha atas anggapan 'tidak timbul apa-apa masalah' tu akan benar-benar takkan timbulkan masalah langsung selepas ni.

Dan yang lebih penting lagi, dari sudut politik aku sangat-sangat harap 'ijtihad' Majlis Syura' tu benar-benar tak menjejaskan undi untuk PAS dan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk tumbangkan Umno BN pada PRU13 nanti.

Atau pun mungkinkah 'ijtihad' Majlis Syura' semalam sebenarnya bermaksud untuk hantar signal tertentu kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan juga parti dalam Barisan Nasional, harap-harap tidak.

Apa pun, aku saja-saja petik apa yang PakBakar Penarikbeca tulis dalam blog dia:
Saya hanya kata, ini precedent yang bagus. Nanti apa-apa, precedent ini bolehlah disebut. Apa-apa pun, Ustaz Nasharudin Mat Isa menikmati demokrasi yang super mewah untuknya di dalam PAS. - Penarikbeca.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...