Takkan Dr. Rani takut nak berdebat dengan Dr. Hasan Ali kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 11, 2012

Takkan Dr. Rani takut nak berdebat dengan Dr. Hasan Ali kut?

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Pas Selangor menolak cabaran bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat dengan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman seperti dicadangkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Masyarakat Prihatin Meru malam esok di Meru, Klang.

Abd Rani berkata, pihaknya telah berbincang dan sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak cabaran Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu kerana tempoh yang dimaklumkan untuk berdebat adalah terlalu singkat. - Sinarharian.
Nampaknya terlepas la peluang Dr. hasan Ali nak dapat talian hayat mempopularkan balik diri dia dan memang pun semenjak dua menjak ni program ceramah Dr. Hasan Ali ni semakin kurang mendapat sambutan.

Kalau dulu masa mula-mula dia buat roadshow memang ramai yang hadir ceramah dia termasuk ahli dan penyokong pas, bukannya pasai sokong Dr. Hasan Ali yang dipecat dari PAS tapi lebih sebab nak dengar sendiri cerita versi dia pasai dia dipecat tu.

Takat sekali ja depa pi dengar, pasai tu lah ceramah dia dah tak ramai yang pi, ahli dan penyokong PAS dah tak pi, yang hadir cuma penganjur dan penyokong Umno tempatan.

Walaupun Dr. Rani tak bersedia berdebat, PAS Selangor takmau mengecewakan Dr. Hasan, pasai tu lah PAS Selangor memutuskan untuk hantar Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor  untuk ganti Dr. Rani.

Mungkin betul macam andaian penchachai Umno yang kata Dr. Rani tak berani nak berdebat. Kalau buat carian dalam Youtube pun memang payah nak jumpa clip ucapan atau ceramah Dr. Rani. Mungkin kut Dr. Rani memang bukan jenis kaki ceramah, pasai tu lah PAS Selangor cadangkan nama Khalid Samad sebagai ganti.

Mengulas pasai tu, SinarHarian melaporkan:
[Sumber: Sinarharian]
Yang sikit lawaknya Sinarharian juga melaporkan:
"Saya harap Dr Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi pihak penganjur," katanya. - Ibid.
Takkan Dr. Hasan tak berani nak berdebat dengan Khalid Samad kut. Kalau betul berani patutnya Dr. Hasan tak jawab macam tu, patutnya dia kena kata yang dia sanggup berdebat dengan Khalid Samad. Lagi satu, tak payah la nak kambinghitamkan penganjur pasai dah sah-sah penganjur tu 'orang'orang' dia.

Lagi pun, lebih menarik kalau debat tu antara Dr. Hasan dengan siapa saja yang Dr. Rani cadangkan. Selama ni pun, yang panasnya panasnya antara Dr Hasan dengan Khalid Samad, bukan dengan Dr. Rani.

Kalau untuk 'pertahankan PAS' takdak apa kurangnya Khalid Samad selaku Timbalan Pesuruhjaya yang juga merangkap AJK PAS Pusat.

Nak lagi cantik kalau Sinar yang anjurkan debat tu, baru la nampak 'neutral' sikit dan mungkin ada peluang siaran langsung melalui Astro.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...