Krisis Exco Kedah : Sapa yang bocorkan keputusan 'tak rasmi'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 04, 2012

Krisis Exco Kedah : Sapa yang bocorkan keputusan 'tak rasmi'?

Blog Kedah La dah keluarkan keputusan tak rasmi perbincangan berkenaan kemelut di Kedah semalam. Katanya keputusannya adalah:
  1. Ustaz Azizan kekal sebagai MB Kedah.
  2. Phahrolrazi dan Ismail mesti menerima balik jawatan Exco.
Katanya keputusan tak rasmi ni sama macam keputusan pilihanraya, mula-mula keluar keputusan tak rasmi lepas tu baru keputusan yang rasmi diumumkan secara rasmi (tapi keputusannya tak lari lari punya).

Masalahnya SinarHarian semalam melaporkan:
Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum. - Ibid.
Maknanya, tentu ada arahan yang sangat jelas yang perbincangan semalam tu SANGAT RAHSIA. Makanya tak sepatutnya perbincangan tu bocor walau apa cara sekali pun.

Tambah-tambah pulak takdak Sidang Media dibuat selepas perbincangan tu selesai dan keputusan perbincangan semalam tu katanya hanya akan diumumkan hari ni. Mungkin ada tindakan susulan yang perlu dibuat sebelum keputusan tu boleh diumumkan.

Apa pun, aku harap takdak ahli pertemuan semalam tu, samada dari kalangan pimpinan Pusat ataupun pimpinan PAS Kedah yang bocor intipati perbincangan semalam.

Kalau bocor setakat macam keputusan tak rasmi tu, mungkin takdak masalah sangat, tambah-tambah pulak kalau keputusan rasmi pun sama macam tu. Tapi kalau ada yang bocor perjalanan perbincangan semalam tu, yang tu memang CELAKA. Tak kira la kalau sapa pun yang bocorkan, waima kalau Presiden sekali pun.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...