Kemelut Kedah : Berani ka depa tak wala' kepada keputusan AJK PAS Pusat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 05, 2012

Kemelut Kedah : Berani ka depa tak wala' kepada keputusan AJK PAS Pusat?

Nampaknya, memang macam yang ramai jangkakan, PAS Pusat buat keputusan yang memang dijangka. Dan memang pun dengan suasa PRU13 yang semakin terasa dan dah dekat sangat, PAS Pusat memang tak mampu nak buat keputusan yang panas dan kontroversi.

Dengan keputusan PAS Pusat tu aku yakin ramai ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi boleh tarik nafas lega. Depa boleh senang sikit nak kata "sebenarnya takdak apa-apa masalah pun, cuma sekadar 'ribut dalam cawan' saja."

Walaupun mungkin depa sendiri tak berapa nak yakin dengan jawapan yang depa bagi tu, sekurang-kurangnya depa dah ada hujah dan dalil.
Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]
Nampaknya keputusan rasmi ni memang sama dengan keputusan tak rasmi yang keluar semalam. Jadinya takdak damage di situ. Cuma yang jadi perhatian sekarang ni, adakah kedua-dua Exco kanan tu akan setuju untuk sambung balik bertugas.

Kalau ikut apa yang MSO, memang ada kemungkinan juga Phahrulrazi tak terima jugak jawatan tu atas asas Phakhrolrazi dan juga Dr Ismail Salleh dikatakan seorang yang kuat berpegang kepada prinsipnya.

Cumanya, tara sangat 'pronsip' depa tu kalau nak dibanding dengan keperluan wala' kepada keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat. Kalau depa tak wala' tak kira atas apa alasan dan hujjah pun, imej depa dikalangan ahli PAS terutamanya, bertambah jatuh merudum.

Apa pun, aku harap kedua-dua Exco tu terima cadangan penyelesaian PAS Pusat tu dan terima perlantikan semula sebagai Exco Kedah dan harapnya kemelut ni dikira selesai terutama sekali di kawasan Kuala Kedah.

Katanya, pukui 5 petang ni Phahrulrazi akan buat sidang media di rumah dia. Segala kemushkilan mungkin terjawab.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...