Kemelut Kedah : Aris Awang hantar surat tunjuk sebab kepada Phahrolrazi pulak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 05, 2012

Kemelut Kedah : Aris Awang hantar surat tunjuk sebab kepada Phahrolrazi pulak?

Akhirnya macam ramai yang jangka 2 orang Exco yang kontroversi terima perlantikan semula sebagai Exco macam yang diarahkan oleh mesyuarat AJK PAS Pusat.

Salahuddin Ayub katanya orang yang paling gembira dengan keputusan tu, siap menangis teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.

Memang patut pun pasainya Salahuddin mungkin tengok sendiri macamana hebatnya kemelut di Kedah tu dan macamana 'ketegaq'nya kedua-dua belah pihak.

Sampai tahap AJK PAS Pusat terpaksa mesyuarat tergempar, sekali di Kuala Lumpur dan kemudian sekali lagi terpaksa dibuat di Seri Mentaloon yang berlarutan sampai pukul 3 pagi yang cuma mampu menggesa 2 Exco tu terima semula perlantikan sebagai Exco negeri Kedah.
Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]
Apa pun, kalau baca betul-betul nampak macam betul macam yang Phahrolrazi kata sebelum perbincangan di Seri Mentaloon, memang dia yang 'menang' dan Ust Azizan nampak macam kalah.

Dia dapat semula jawatan sebagai Exco manakala Ust Azizan pula terpaksa terima 'Jawatankuasa Pemandu' yang PAS Pusat akan tubuhkan untuk memandu pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

Kalau tengok kepada laporan yang Malaysiakini buat, lagi jelas nampak.

[Sumber: Mkini]
Bukan maksud aku nak panjangkan kemelut ni atau timbulkan kemelut baru, cuma nak ingatkan pimpinan PAS Pusat terutamanya, kemelut di kedah tu sebenarnya belum betul-betul selesai.

Harapnya PAS Pusat bukan saja tubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran negeri Kedah tapi kena juga memantau 'key person' dalam kemelut ni untuk pastikan takdak yang sabotaj pelan penyelesaian kemelut PAS Kedah ni.

Dan satu lagi, cara penyelesaian kemelut PAS Kedah ni sebenarnya buka satu dimensi baru dalam PAS yang mungkin akan dijadikan 'kes rujukan' dimasa depan. Langsung tak timbul Jawatankuasa Disiplin dalam kemelut PAS Kedah ni.

Cuma yang aku sikit tertanya-tanya, macamana pulak penerimaan AJK PAS Kawasan Kuala Kedah. Ada member hantar sms yang berbunyi:
"Adakah Aris Awang akan keluarkan surat tunjuk sebab pada Phahrolrazi sebab langgar ketetapan mesyuarat AJK PAS Kuala Kedah?"
Gambar atas sekali tu mungkin menggambarkan jawapan yang jelas, Aris Awang tersenyum lebar di Sidang Media Phahrolrazi dan Dr. Ismail petang tadi.






Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...