Hampir pasti wartawan pun jadi macam pengundi Pos | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 30, 2010

Hampir pasti wartawan pun jadi macam pengundi Pos

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melaksanakan 'undi awal' menggantikan sistem undi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata, SPR sedang mengkaji cadangan penambahbaikan undi pos sedia ada yang kini masih dalam perbincangan dan di peringkat awal.

"SPR mendapati sistem undi pos digunapakai terlalu rigid (ketat) sampai ada tiga sampul dan satu borang perlu diisi oleh pengundi," katanya menjawab soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua semasa ditemuramah dalam program Bicara Rakyat bersama SPR di TV1, malam tadi. - Mkini
Aku sokong kaedah 'undi awal' untuk menggantikan sistem undi pos walaupun ianya cadangan SPR si anjing Umno. Pasainya memang tak boleh dinafikan adanya keperluan untuk beberapa pengundi untuk mengundi awal sebab kena bertugas membantu SPR mengendalikan proses pengundian.

Cumanya aku yang aku tak setujunya pasai apa orang-orang yang takdak kena mengena dengan perngendalian pilihanraya pun terlibat jugak.

Yang terbaru katanya SPR akan tambah lagi.
SPR akan memperluaskan kepada pengamal media yang bertugas pada pilihan raya itu, ujarnya. - Mkini
Sebelum ni pun SPR dah mengesyorkan kemasukan kategori lain seperti wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari sebagai pemilih.Aku pun tak pasti pasai apa pengerusi SPR terlupa nak sebut doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari, cuma wartawan saja yang disebut.

Yang paling aku heran, apa rasionalnya SPR masukkan isteri anggota tentera sebagai pengundi Pos. Malah ada yang mendakwa SPR bercadang nak masukkan sekali anak-anak tentera.

Apa yang PR perlu buat adalah untuk bagi tekanan yang betul-betul hebat supaya senarai untuk 'undi awal' tu benar-benar telus tanpa penyelewengan. Satu lagi, Pakatan Rakyat kena bagi tekanan kepada SPR supaya kaedah 'undi awal' tu bukan setakat telus tapi dilihat telus.

Tapi, nak buat macamana. Memang SPR ni anjing Umno. Sebagai ANJING tak heran la SPR begitu setia dengan tuannya, dan berusaha sebaik mungkin nak memenangkan Umno. Takkan tiba-tiba SPR nak jadi anjing PR pulak. Lain la kut kalau PR dah dapat kuasai sepenuhnya Putrajaya.

Agak-agak hangpa, wartawan harakah pun SPR akan masukkan sekali ka??

Apa pun, aku tak setuju wartawan pun masuk dalam senarai 'undi awal' tu. Apa sangat masalahnya depa ni nak mengundi. Malah sambil-sambil mengundi pun depa boleh cari berita.

Sumber gambar: Mkini

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...