Zaharin tak tipu tapi dia cerita tak habih | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 18, 2010

Zaharin tak tipu tapi dia cerita tak habih

Semasa berucap di Parlimen kelmarin Zaharin mendedahkan:
  1. Dia diyakinkan yang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.
  2. Dia diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan. Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam.
  3. Dia jugak dimaklumkan yang  tentera pun merestui dan menyokong plan tu.
Raja Petra kata, Zaharan tak berbohong, cumanya dia tak cerita perabih plan peralihan tu. Raja Petra hari ni mendedahkan secara keseluruhan plan yang sebenarnya dalam Malaysian Today.

Raja Petra dedahkan sebenarnya calon PM bukan Anwar Ibrahim tapi orang lain. Sapa orang tu tak pulak Raja Petra dedahkan.  Orang tu orang Umno dan orang tu bukan Najib.

Raja Petra jugak mendedahkan plan tu melibatkan banyak pihak termasuklah Special Branch dan dan Military Intelligence.  Dr. Mahathir mungkin pun terlibat sama dan mungkin sebagai 'mastermind'. Agenda utama dalam plan tu adalah untuk menggulingkan PakLah dan memastikan Najib tidak jadi pengganti PakLah.

Tapi, kesudahannya plan tu tak berjaya bila calon PM tu tak setuju dengan cadangan Dr. Mahathir supaya diujudkan 'Majlis Presiden' yang Dr. Mahathir sendiri akan jadi pengerusi dan Perdana Menteri akan jadi semacam boneka kepada Majlis tu,

Kalau nak tau lebih tepat dan terpeinci plan tu dan cerita penuh. Boleh baca di Malaysia Today. Tapi biasa la, Raja Petra tulis guna bahasa Landon. Kalau ada yang rajin terjemah bagus jugak.

Betui ka dak 'plan' tu ujud aku tak tau. Tapi, kalau cerita tu orang pasik yang bawak pun,  kita tak patut tolak mentah-mentah. Macam Dr. Wahab ada pernah tulis, kita sepatutnya selidik dulu berita tu. Pasainya orang pasik pun bukan sentiasa bercakap bohong, bukan sepanjang masa ada niat jahat.  ⊗

Nota kaki makan cekam:  Kalau la plan ni ujud dan berjaya, agak-agak macamana la rupa Malaysia la ni. mungkin dah nak siap Jambatan Bengkok ke Singapura.


Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...