Menteri ni buat lawak ka memang bangang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 17, 2010

Menteri ni buat lawak ka memang bangang?

Menteri  ni tak reti buat kerja ka atau saja-saja nak buat orang marah? Sabtu lepas si Husni Hanadzlah tu kata rang undang-undang GST takkan dibentangkan di Parlimen sessi ni. Sungguh-sungguh dia kata rang tu tak jadi dibentang takdak kena mengena dengan demo yang protes nak buat.

Sumber gambar: vibizdaily.
Alih-alih hari ni Malaysiakini melaporkan:
Dewan Rakyat masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua.

Sehubungan dengan itu, timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) berkata sehingga mereka menerima arahan itu, kertas aturan sidang akan juga memuatkan rang undang-undang itu.

parliament house leak leakage 050508 wan junaidiWan Junaidi memaklumkan perkara itu selepas ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata rang undang-undang GST masih dimasukkan dalam aturcara perdebatan.

Perkembangan itu bermakna kerajaan masih boleh membentangkan rang undang-undang GST itu pada sessi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ini.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang itu ditangguhkan kerana kerajaan memerlukan lebih masa untuk mendapatkan pandangan orang ramai sebelum melasankan cukai baru itu. - Malaysiakini

Takkan takut dengan demo PROTES sampai sanggup tipu satu Malaysia kut. Memang bangang la punya tahap Menteri Malaysia kalau macam ni.

Kalau betui tak jadi nak dibentangkan takkan tak reti nak buat "permohonan rasmi" kepada Parlimen.  Takkan prosedur standard dengan Parlimen pun taktau.   Kalau yang tu pun taktau memang bangang la punya tahap Menteri Malaysia ni.

Tapi, sebenarnya jadi ka tak jadi nak bahas ni??

Nota kaki makan cekam: Kalau betul la jadi dibentang di Parlimen kali ni, mesti merah punya telinga Dr. Hatta. Mau tak marah,  dia dah buat keputusan tangguh demo PROTES tu berdasarkan maklumat tipu.  ditipu hidup-hidup....



Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...