Forum GST. (Sumber:MAlaysiakini) |
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Nampaknya kali ni Umno BN macam mengaku kalah sebelum bertempur. Untuk menghadapi perbahasan kali ni dengar ceritanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dah buat persediaan secukupnya. Dengar katanya Pakatan Rakyat dah beberapa kali buat perbincangan dengan pakar-pakar ekonomi bincang pasai rang ni.
Katanya kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.
"Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.
"Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST," kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) di sini pada Sabtu.
Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.
Mengenai bila ia akan dibentangkan, Husni berkata: "Ia akan bergantung kepada perbincangan dengan orang ramai mengenai bagaimana rakyat melihat pelaksanaan GST itu. Jadi, kita tidak menetapkan satu tempoh masa mengenai perkara itu." - Bernama
Mungkin kut depa takut kali ni depa akan habis hujjah. Lagipun dengan takdak majoriti 2/3 Umno BN tak boleh sewenang-wenang nak luluskan apa-apa rang undang-undang. Memang la rang undang-undang ni tak perlukan majoriti 2/3 tapi dengan bilangan wakil Pakatan Rakyat yang ramai di Parlimen, tentu akan ada tentangan yang sengit. Mungkin sampai depa pun dah takdak hujjah.
Tapi, bagi aku, aku lebih yakin depa tak berani nak bentang hari Isnin ni pasai depa 'gerun' kesan demonstrasi yang akan dibuat. Mungkin ada orang yang akan kata apa sangat kesannya demo tu, tapi aku rasa kesannya mungkin akan jagi cukup hebat teutamanya kalau ujud 'kesesakan' luar biasa di jalan menuju ke parlimen.
Harus diingat, hari snin di adalah hari pertama persidangan untuk penggal baru bagi tahun 2010. Maksudnya hari Isnin ni perlu ada perasmian oleh Yang Dipetuan Agung. Kalaulah jadi apa-apa, jenuh la Umno BN nak berjawab, terutamanya kepada media asing yang depa sangat takut.
Oleh tu aku nak ucapkan TAHNIAH!! kepada pihak protes yang berjaya tanpa perlu susah payah berjuang di medan pertempuran.
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10