Harussani ganti Dr. Asri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 14, 2010

Harussani ganti Dr. Asri

Sumber: azlishukri.
Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 Mac — Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu. Kali terakhir penulisan beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal tetapi kontroversial memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan. Hari ini ruangan di Mingguan Malaysia digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri. - Malaysiakini
Hasil usaha keras Harussani, hari ni dia diberi ganjaran. Dia dah diberi ruang yang luas untuk menyuarakan pendapat dia.

Nampak gayanya, terpaksa la tiap mingu kena pi cari Utusan. Tapi takpa, pasai tak perlu beli, banyak lagi kedai kopi yang melanggan akhbar Utusan ni. Kut mana pun kena jugak baca apa yang mufti mufta ni tulis, kurang-kurang pun ada jugak benda yang nak dibebelkan dalam blog.

Nota kaki makan cekam: 

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...