Cermah ADUN Cina di Markaz Titi Serong | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 14, 2009

Cermah ADUN Cina di Markaz Titi Serong

Pasai ada yang kata aku promote program Adun Titi Serong ni gila-gila, jadi elok jugak aku tulis sikit 'laporan' aku untuk program ni. Tapi sebelum apa-apa aku nak bagi clear lagi sekali kat sini, walaupun aku bubuh gambar poster besar kat entri aku sebelum ni aku sebenarnya bukan penganjur.

Aku cuma sekadar 'meraikan' program yang dibuat di Markaz aku, maksud aku, markaz yang aku terlibat banyak sebelum ni, terutama masa nak buat markaz tu, walaupun keterlibatan aku lebih banyak kepada jadi cameraman. Ada dekat 3GB aku rasa tapi malangnya hampir semua gambar tu tak dapat diselamatkan bila hardisk PC aku 'kong' sehari selepas portable hardisk aku yang baru beli tak sampai sebulan terlepas dari tangan jatuh ke lantai.

Ok, balik pasai program semalam, pada aku program tu jelas memang GAGAL. Gagal pasai orang memang kurang sangat. Kalau rujuk pada entri aku sebelum ni memang dua-dua benda yang aku nak tengok tu takdak. Memang macam yang aku dah agak pun.  
Bila aku tanya orag-orang yang berkenaan pasai apa boleh jadi macam tu, depa jawab ada sikit kesilapan teknikel. Lepas diterang maksud kesilapan teknikel tu terutamanya masalah poster, memang tak heran la kalau tak ramai mai pasai memang tak ramai yang taktau.

Yang paling aku tak puas hati pasai orang cina tak turun kecuali 2 orang. Nak buat macamana kalau dah memang maklumat tak sampai. Ditambah pulak kat pekan Titi Serong ada pulak buat opera cina kat tokong, orang kampung aku panggil 'wayang tongkoi'.

Aku ingat program tu bentuk forum soal-jawab, rupanya dak, macam ceramah biasa. Ceramah pertama YB Ust Khalil sendiri. Apa dia kata aku taktau, pasai aku bersembang kat belakang. Yang aku dengar dia ada bagi alasan pasai apa tak ramai orang, memang dia ada sebut pasai masalah poster.

Penceramah kedua, YB Sum Cheok Leng, ADUN Bercham, pun aku tak dengar jugak, pasai aku tengah 'entertain' geng Unit Amal kat tepi jalan, cuma sedar bila dia dah habh berucap.

Penceramah ketiga YB Chang Lih Kang, ADUN Teja. Ucapan dia aku dan jugak dengar. Ok jugak ucapan dia. Memang riuh jugak laa gelak penonton yang tak ramai mana tu. Yang menariknya bila dia terangkan krisis perak dalam 2 ayat
Harapkan pegar, pagar makan padi
Harapkan ADUN, ADUN lompat parti.
Lagi satu dia bagi satu mantik yang memang menarik. Dia ibaratkan krisis Perak ni macam sembelih ayam curi. Zambry kata dia sah sebagai MB pasai dia dilantik sultan dan dia angkat sumpah di istana, tapi cuma cara sembelihan, memang la nampak sah tapi cara dia nak dapat tu cara tak betui.
Sembelih ayam curi mana boleh makan. Yang tu bukan takat haram tapi haram jadah
Lepas tu aku tak dengar dah apa yang dia kata pasai aku ralit sembang dengan thatguy kakluna. Panjang jugak la sembang isu bloggers.

Akhir sekali aku nak sebut jugak, walaupun PAS Parit Buntar dah berpuluh tahun buat program ceramah macam yang aku tulis dalam komen aku entry sebelum ni, sekali-sekala jadi jugak apa yang tak sepatutnya terjadi, benda-benda yang cukup asas macam poster pun boleh terlepas pandang, ada kesilapan teknikel. Belasah lebih-lebih pun takat tu japasai benda dah jadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...