Nampaknya satu sejarah baru bakal jadi kat aMarkaz Tarbiah Titi Serong. Tak pernah lagi sebelum ni ada forum kat situ yang semua ahli panel orang cina. Semua ADUN pulak tu. Harap² takdak suara² sumbang yang canang kata program ni sempena sambutan Ramadhan pulak.
Aku nak tengok 2 golongan yang turun malam program tu. Yang pertama kalau ramai la orang cina turun maknanya harapan untuk mempertahankan kemenangan sangat cerah. Tambah² lagi kalau orang cina yang duduk kat pekan Parit Buntar pun boleh turun sama. Kalau takat cina² Titi Serong yang tak berapa kerat tu ja, tak jadi.
Lagi satu aku nak tengok takat mana sambutan orang melayu sendiri dengan program ni. Pasainya semua ahli panel berbangsa cina dan dua ADUN lagi tu wakil PKR dan DAP. Kalau ramai muka² yang tak berapa PAS turun kira positif la jangan muka² sama yang selalu ja. Kalau banyak muka² yang tak berapa PAS turum malam tu, mungkin boleh diambik sebagai indicator berkenaan isu boneka yang Umno tentu main masa pilihanraya depan.
Artikel Rujukan