Utusan hari ni menulis
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong (gambar) kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancam memukul beliau.Malah katanya, seorang wakil rakyat pembangkang telah melemparkan buku Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke arahnya sebagai tanda amaran selain mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'OKU' dan 'Awak tak ada kaki.'
Yit Foong berkata, wakil rakyat yang terdiri daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit bertindak di luar batas kemanusiaan kerana beliau menggunakan kuasa mengambil alih perjalanan sidang DUN.''Beberapa kali mereka ancam saya. Mereka hina saya sebagai OKU (orang kurang upaya). Memang saya tidak menafikan Speaker berkuasa menentukan perjalanan Dewan. Tetapi apabila (Speaker) tidak menguruskan perjalanan Dewan dengan baik, masa itu, saya mempunyai kuasa untuk mengambil alih.
''Saya bukan menyalahgunakan kuasa atau pun merampas kuasa Speaker. Saya hanya melaksanakan tugas memastikan urusan sidang berjalan lancar," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.
Ada dua isu kat sini. Yang pertama penghinaan dan ancaman kepada OKU dan yang kedua berkenaan kuasa Sepaker dan Timbalan Speaker.
Sementara itu, Hamidah berkata, ADUN Barisan Nasional (BN) bukan sahaja telah dikasari tetapi pembangkang terang-terangan cuba menyerang mereka.
''Mereka bukan sahaja cuba menyerang Yit Foong tetapi kami juga disentuh dan dipeluk dari belakang. Saya boleh katakan kami sedang memikirkan kemungkinan untuk mengambil tindakan lanjut," kata beliau.
Menurut Rusnah pula, rakyat seharusnya sedar tentang 'drama' yang dilakonkan oleh parti-parti pembangkang.
Katanya, apa yang berlaku membuktikan tanggapan dan dakwaan kononnya pembangkang adalah pejuang demokrasi, meleset sama sekali.
''Mereka melaung-laungkan Speaker berkuasa dan kebal, saya akui ini tetapi dari mana datang kuasa Speaker? Tentunya dari Ahli-Ahli Dewan dan bagaimana keputusan dibuat, mestilah melalui undian.
''BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan, mereka tidak berani berdepan dengan hakikat kerana sedar mereka akan kalah dengan undian," katanya.
Kai sini pun ada dua isu. Yang pertama gangguan seksual kepada wanita dan yang kedua berkenaan sapa yang banyak dalam dewan.
Aku tak kata benda ni betui tapi fakta ni ni tak kira la betui ka dak, dah dibaca oleh beribu malah mungkin berjuta orang. Memang la kita tak boleh nak halang utusan nak tulis apa tapi masalahnya apa tindakan kita nak menghalang fakta ni dari diterima oleh ramai orang.
Aku paling kesian kat ahli dan penyokong peringkat akar umbi kalau depa tak boleh jawab 4 isu ni. Mungkin isu majoriti dalam dewan depa boleh jawab tapi lagi 3 isu depa nak jawab macamana. TKalau takat nak jawab memang la boleh tapi untuk nak bagi paham kat orang aku rasa payah sikit pasai mungkin depa pun tak paham.
Ada sapa-sapa yang boleh tolong bagi jawapan 3 isu tu. Kalau dapat jawapan yang 'cantek punya'. Kalau boleh buat jawapan dalam bentuk poster. Lepas tu boleh la kita pakat-pakat cetak banyak-banyak, kita taboq merata kampung.
Atau pun mungkin ada cara lain yang lebih efektif. Kalau ada tolong bagitau, kita boleh pakat-pakat buat.