PR Perak dah pun melalui lagi satu 'milestone' politik semalam. Satu peristiwa yang cukup besar, satu sejarah dari rentetan sejarah kejadian kali pertama dalam sejarah di Malaysia dan mungkin jugak di dunia. Persoalannya, apa pulak selepas ni?
Hari ni tak kurang 10 kali orang tanya aku soalan tu. Memang laa tak ramai tapi untuk aku boleh dikira ramai pasainya aku cuti hari ni. Cuti dengan maksud tak pi mana-mana. Bangkit subuh lepas tu terus online. Mandi, sarapan, sambung online balik, lepas tu terlena.
Pukui 1 lebih sikit baru pi masjid. Balik masjid singah rumah kakak aku, sambung online lagi. Sampai la pukul 6. Lepas tu balik rumah mandi lebih kurang, pi surau. Lepas maghrib balik rumah tapi tak sambung online pasai laptop gelong pulak, runkan scandisk. Isyak pi surau lepas tu lepak sembang sampai pukul 10. Balik sambung online balik.
Maksudnya 10 orang yang tanya aku tu memang yang jumpa aku masa aku OTW (on the way) nak pi masjid, di masjid, balik dari masjid dan kat surau. Kira ramai la tu. Boleh kata semua yang jumpak aku tanya soalan tu. Maksudnya hampir 100% yang jumpa aku tanya soalan tu. Time orang azan pun tiga empat orang tanya.
Jawapan standard aku "Tah! aku tak reti nak cerita". Memang rata-rata depa anggap aku mesti ada kat Ipoh semalam. Takkan orang 'penting' macam aku tak pi. Ada yang tak percaya bila aku bagitau yang aku memang tak pi. Tu asib baik la depa belum kenai aku sebagai Cenangau, kalu depa tau lagi la...
Tapi lepas isya' tapi aku layan la jugak soalan depa. Kebanyakkannya memang taktau apa-apa. Depa-depa tu menang PAS jadi TV bkan sumbar maklumat depa, suratkhabar dah tentu tak beli, dan kalau beli pun boleh takat baca ja laa.
Aku terpaksa cerita satu persatu apa yang berlaku, konon macam aku ada kat sana. Siap boleh cerita 'detail' apa yang berlaku dalam dewan. Macamana bentuk meja speaker. Lepas tu siap tunjuk contoh pulak macamana insiden Sivakumar kena cempung dan heret keluar.
Lepas tu, boleh cerita pulak keadaan kat luar dewan. Macamana polis boleh tangkap orang sampai kat dalam kedai zambry. Siap boleh bagitau pulak YB Dr. Mujahid duduk kat mana masa dia kena tahan.
Aku main belasah ja laa.. memang la aku takdak kat situ tapi depa pun takdak jugak tapi lebih aku depa takdak internet aku ada. Yang penting depa percaya kat aku dan depa dapat maklumat dari sumber yang depa boleh percaya.
Jadi persoalannya "Apa selepas ni?" Memang la lepas ni proses turun naik mahkamah akan terus berjalan. APa pun keputusan mahkamah hari Isnin ni kat KL, akan ada rayuan pulak. Lepas tu kes berkenaan perjalanan sidang DUN semalan pulak akan masuk mahkamah. Bila nak selesai yang kat mahkamah tu aku pun tak tau.
Tapinya bagi aku persoalan yang lebih penting adalah macamana Pakaratan Rakyat nak terangkan kepada orang ramai sampai orang ramai percaya apa yang sebenarnya terjadi pada 7 Mei 2009. Maksud aku orang yang memang takdak access internet dan kalau ada pun mungkin tak baca pun berita dari sumber kita.
Dengan kelemahan jentera penerangan yang kita ada macamana cara kita nak 'panjangkan' cerita versi kita. Dalam keadaan TV dan suratkhabar arus perdana dah mula main cerita versi depa.
Memang aku ada dapat tau yang Pakatan Rakyat akan buat roadshow. Roadshow yang sefaham aku adalah siri ceramah. Memang la ceramah kena buat pasai ada khalak dia, dan depa ni memang dok tunggu-tunggu program ceramah ni. Kalau tak buat boleh mengamuk sakan depa.
Masalahnya macamana dengan audiance yang jenih tak pi ceramah. Apa tindakan kita. Apa perancangan kita nak panjangkan cerita kita kat depa. Aku harap ada kalangan pimpinan yang fikir masalah ni. Bukan setakat fikir tapi kena terjemahkan dalam bentuk kerja
Harapan aku pimpinan Pakatan Rakyat tidak hilang fokus. Dalam keadaan Pilihanraya Kecik Penanti hujung bulan ni dan Muktamar Agung PAS yang ada pemilihan awai bulan depan, fokus kita amat mudah untuk terpesong.
Memang aku pun tak langsung menaruh harapan tapi mana tau, dibuatnya pulak tiba-tiba Sultan berubah hati, setuju bubarkan DUN, tak mampuih kita?
Untuk aku sendiri, apa selepas ni? Nanti la pulak aku sambung, member dah talifon ajak makan sup, esok ada member buat kenduri, malam ni acara 'potong bawang', dia jamu sup.