Pemimpin Hindraf bebas dari ISA. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 09, 2009

Pemimpin Hindraf bebas dari ISA.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Macam yang Hishamuddin janji dan Najib pn sahkan sebelum ni, hari ni 3 orang pemimpin Hindraf yang ditahan sejak 13 Dis 2007 dah pun dibebaskan selepas ditahan lebih 500 hari.

Ketua kumpulan Hindraf, P. Uthayakumar,47 bersama Adun Kota Alam Shah, M Manoharan, 48, dan K Vasantha Kumar, 36, dibawa keluar lebih kurang pukul 2.30 petang.

Depa dibebas bersama 10 yang lain aiatu Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun selain dua tahanan warga negara Indonesia iaitu Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, serta lima tahanan warga negara Filipina terdiri daripada Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih yang dikatakan telibat dengan JI dan Darul Islam.

Pasai apa depa setuju bagi bebas la ni. Bukan sebelum-sebelum ni dan bukan terus ditahan.

Pada aku punca utama pasai Manoharan ugut nak letak jawatan sebagai ADUN. Umno mana sanggup nak hadapi PRK lagi. Tambah pulak Kota Alam Shah tu dalam negeri Selangor yang masa ni Najib Jadi Pengerusi Perhubungan. Buruk la nama dia pasai kalah dah tentu dah. Pasai tu la lepas seminggu ja Manoharan ugut nak letak jawatan, depa pen setuju bebaskan dia.

Memang la akan ada kesan kat PRK Penanti hujung bulan ni, tapi aku rasa Umno pun yakin depa akan kalah kerusi tu, jadinya takdak kesan apa pun kalau ketua-ketua Hindraf tu bebas la ni.

Kalau betui macam Najib kata dalam berita TV semalam yang depa-depa ni dah 'tak bahaya' patutnya lepas kes rayuan habeas corpus depa di mahkamah pada 16 April lagi depa dah boleh dibebaskan. Tapi 'mahkamah' buat keputusan depa ni akan terus ditahan dua tahun bawah ISA.

Pada aku depa ni 'kena' dibebaskan pasai 'bahaya' depa terus di tahan lagi hebat dari 'bahaya' depa ni dibebaskan. Cumanya kita boleh tengok takat nama 'bahaya' depa ni lepas dibebaskan, terutaman sekali masa PRK Penanti nanti.

Kalau kes bekas Exco Kedah merangkap ADUN Bukit Selambau boleh dijadikan contoh, memang Hindraf pun dah tak berapa 'bahaya' sangat. Nampak Hindraf pun dah macam hilang fokus.

Bila Hindraf pun dah terlibat dengan politik PR, orang india nampak dah tak berapa 'solid' dengan Hindraf. Masa PRK Bukit Gantang lepas dah nampak cakap-cakap kurang senang dengan cara Hindraf main politik.

Apa-apa pun kita tunggu macammana rentak Hindraf lepas ni.

Berkenaan yang lagi 10 orang tu, pada aku kerajaan dah takdak alasan lagi dah nak terus tahan depa pasai 'polis dunia' pun dah tukar boss, Obama pun tak berapa nak kesah sangat pasai JI macam Bush dulu.

Lagipun pasai polis dah tangkap Mas Selamat bagi pihak Singapura, dengan membebaskan 10 orang ni depa mengharapkan kesan tangkapan tu akan berkurang.

Bila bebas sekali ramai-ramai ni dengan geng Hindraf sama, cerita pasai JI dan Darul Islam jadi tak berapa panas dan nampak macam orang ramai pun tak berapa nak peduli dah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...