Tak macam Ust Tuan Ibrahim, Husam nafi terima wang syarikat judi dan akan saman Zaharin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 17, 2017

Tak macam Ust Tuan Ibrahim, Husam nafi terima wang syarikat judi dan akan saman Zaharin

Aku yakin Ust Tuan Ibrahim memang nak sangat PAS saman Hj Husam sebab aku yakin Ust Tuan Ibrahim sangat²  yakin tuduhan Husam tu memang fitnah. Cuma masalahnya dia tak tau apa yang pimpinan PAS lain macam Ust Khairuddin Takiri tau.  

Malaysiakini melaporkan:
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.

Husam juga telah menghantar surat tuntutan guaman kepada Zaharin Mohd Yasin yang menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dakwaan itu.

Husam memberi tujuh hari kepada Zaharin untuk berbuat demikian atau tindakan saman akan dimulakan.
- Mkini.
Juga dilaporkan:
Beliau juga berkata tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya, yang terkenal sebagai seorang taikun judi. - Ibid.
Aku yakin Hj Husam tak macam Ust Tuan Ibrahim. Bila Hj Husam kata dia akan saman maknanya dia akan saman. Tak macam Ust Tuan Ibrahim yang kata akan saman Husam tapi sampai sekarang PAS belum jugak saman Hj Husam.

Malaysiadateline dalam berita pada 9 Februari 2017 melaporkan:
Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.
"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," kenyataan ringkas itu dipetik. - Malaysiadateline
Cumanya aku tak berapa nak salahkan Ust Tuan Ibrahim sangat. Dia boleh kata apa yang dia nak kata tapi masalahnya keputusan akhir bukan ditangan dia.

Aku yakin Ust Tuan Ibrahim memang nak sangat PAS saman Hj Husam sebab aku yakin Ust Tuan Ibrahim sangat²  yakin tuduhan Husam tu memang fitnah.

Cuma masalahnya dia tak tau apa yang pimpinan lain macam Ust Khairuddin Takiri tau yang sebenarnya tuduhan Husam tu bukan 100% fitnah cuma kurang tepat sahaja.

Kalau dibawa ke mahkamah PAS mungkin boleh menang macam kes Hj Hadi dengan pil kuda atas alasan teknikal tapi tentunya Hj Husam akan gunakan peluang tu untuk mendedahkan bukti-bukti 'dana haram' PAS yang cuma boleh didedahkan di mahkamah terutama sekali yang berkaitan akaun bank.

Cuma masalahnya, saman sivil ni akan ambil masa yang lama dan tentunya takkan boleh selesai sebelum PRU14 malah aku dok rasa perbicaraan pun takkan bermula sebelum kempen PRU14 berakhir.

Jadinya segala bukti-bukti dan rahsia PAS tu takkan terdedah kepada umum sebelum PRU14.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...