Kecoh sesi pendengaran awam: SPR meneruskan aksi macam 'anjing Umno BN'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 18, 2017

Kecoh sesi pendengaran awam: SPR meneruskan aksi macam 'anjing Umno BN'?

Antara kawasan yang terlibat dengan bantahan ini adalah; Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong (Parlimen Tanjung Karang); DUN Sri Serdang (Puchong); DUN Batang Kali (Hulu Selangor); Parlimen Selayang; dan DUN Dusun Tua (Hulu Langat) dan Parlimen Kuala Selangor. “Semua kawasan ini adalah kawasan yang ditandingi UMNO-Barisan Nasional (dalam pilihan raya umum yang lalu),” ujarnya. 

Roketkini melaporkan:
Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini kecoh ekoran tindakan pegawai SPR membenarkan sesi pendengaran awam melibatkan nama pengundi yang dibantah (orang kena bantah) dijalankan tanpa kehadiran pihak pembantah.

Kekecohan berlaku selepas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming yang hadir memantau sesi pendengaran awam itu mempersoalkan tindakan SPR berkenaan yang menurutnya tidak mematuhi Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih).

Menurut Kian Ming, sesi pendengaran awam tidak boleh dijalankan jika pihak pembantah – yang dipercayai didalangi UMNO – tidak dipanggil bersama-sama orang kena bantah (OKB) ke dalam bilik siasatan SPR. -
Roketkni.
Juga dilaporkan:
Pegawai itu bagaimanapun menyatakan bahawa dia tidak tahu Bahasa Inggeris apabila ditunjukkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) yang dicetak Kian Ming daripada laman web rasmi SPR.

“Salinan peraturan yang saya cetak itu daripada laman rasmi SPR, dalam bahasa Inggeris, kerana itu sahaja yang ada di laman web tersebut, jadi saya gunakan peraturan tersebut, bagaimanapun dia (pegawai SPR) kata dia tak faham bahasa Inggeris,” katanya. - Ibid.
Tak habih-habis la SPR ni beraksi macam 'anjing Umno'. Sepatutnya SPR memudahkan pendaftaran pengundi baru bukannya menyusahkan. lepas tu pulak dok canang meraka kata berjuta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi.

SPR sepatutnya 'menekan' pembantah bukannya menekan 'bakal pengundi'. SPR sepatutnya memastikan pembantah memberikan alasan munasabah bersama bukti kukuh kenapa nama-nama tersebut dibantah dan berhujjah dihadapan 'bakal pengundi' tersebut pada sesi pendengaran awam tersebut.

Sangat-sangat tidak adil kalau 'bakal pengundi' yang dibantah tu dinafikan hak untuk mengundi semata-mata tidak hadir sesi pendengaran awam tersebut padahal dalam masa yang sama pembantah juga tidak hadir.

Aksi ala 'anjing Umno' ni takdak lain tujuannya melainkan untuk menafikan hak pengundi bakal pengundi cina yang berbangsa cina dibantah tu supaya tidak boleh mengundi dalam PRU akan datang untuk pastikan peluang calon Umno lebih cerah untuk menang.

Roketkini juga melaporkan:
Sementara itu, seorang OKB yang dikenali sebagai Tan Wei Hong, 21, dari Tanjong Karang menyifatkan sesi pendengaran itu sebagai tidak adil kerana pihak yang membantah tidak turut serta dalam sesi berkenaan.

“Pihak pembantah iaitu Mohd Yusop Omar tidak hadir dalam sesi pendengaran hari ini. Ia sangat tidak adil dan melanggar peraturan,” kata Wei Hong yang juga penuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Bantahan tanpa asas

Bapa kepada Wei Hong yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, beliau tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pembantah yang menurutnya membuat bantahan tanpa mempunyai asas yang kukuh.

“Saya sebenarnya berkerja hari ini, dan anak saya sedang belajar, perkara-perkara begini amat menyusahkan,” katanya.

Mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), pihak pembantah diarahkan membayar pampasan tidak lebih RM200 kepada OKB jika pihak SPR mendapati bantahan itu dibuat tanpa sebab yang kukuh.

Rata-rata OKB yang ditemui pemberita menerima RM100 sebagai pampasan ganti rugi masa dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Menurut Kian Ming, sebarang bantahan sepatutnya dilakukan dengan siasatan terperinci dan bukannya secara semberono kerana ia akan menyusahkan OKB untuk hadir ke sesi pendengaran tersebut.

Beliau turut menganggarkan kurang 50 peratus OKB hadir ke sesi pendengaran berkenaan.

“Secara anggaran, terdapat enam kerusi Parlimen yang terlibat dengan bantahan ini, dengan anggaran 100 orang bagi setiap kerusi Parlimen, mungkin dalam 600 orang dibantah, namun saya rasa hanya separuh daripada mereka hadir,” ujarnya.

Antara kawasan yang terlibat dengan bantahan ini adalah; Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong (Parlimen Tanjung Karang); DUN Sri Serdang (Puchong); DUN Batang Kali (Hulu Selangor); Parlimen Selayang; dan DUN Dusun Tua (Hulu Langat) dan Parlimen Kuala Selangor.

“Semua kawasan ini adalah kawasan yang ditandingi UMNO-Barisan Nasional (dalam pilihan raya umum yang lalu),” ujarnya. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...