Timbalan Exco kelantan - perlu sangat ka ada tunggakan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 21, 2010

Timbalan Exco kelantan - perlu sangat ka ada tunggakan?

Semalam, secara rasminya Kerajaan PAS kelantan telah lantik 13 orang dari kalangan Adun sebagai Timbalan Exco. Perlantikan timbalan Exco tu bertujuan nak bagi ringan sikit tugas Exco.

Aku takdak langsung bantahan pasai ujudkan jawatan baru tu. Memang patut pun lantik timbalan Exco untuk bantu Exco buat kerja supaya kerja lebih licin dan semua masalah yang timbul dapat diatasi dengan cepat.

Malaysiakini melaporkan:
Nik Abdul Aziz berkata tiga exco mempunyai dua timbalan memandangkan skop portfolio yang disandangnnya besar dan luas iaitu Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, yang dipergerusikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa; Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, yang dipengerusikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Exco lain yang mempunyai seorang timbalan ialah Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri dipengerusikan Dr Mohd Fadzli Hassan; Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi; Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar, Jawatankuasa Perumahan, Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar Mohd Anizam Abdul Rahman serta Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Sukan Negeri Abdul Fatah Mahmood. - Malaysiakini
Yang aku sikit tak puas hati bila Harakahdaily melaporkan:
Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu. - Harakahdaily
Apa perlunya lantikan jawatan tu berkuatkuasa 1 Januari maknanya 'backdated' hampir 6 bulan. Takkan kut depa nak bagitau yang Timbalan-timbalan Exco tu dah mula jalankan tugas semenjak 1 Januari lagi. Yang paling aku tak setuju bila disebut ada tunggakan gaji.

Benda ni tentunya Umno BN akan jadikan peluru untuk tembak PAS dan kerajaan Kelantan. Aku yakin isu ni akan dimainkan berhari-hari dalam TV. Mungkin Kerajaan Kelantan ada jawapan tapi masalahnya berapa ramai sangat rakyat Malaysia yang ada peluang dengar jawapan tu.

Apa pulak pandangan Adun lain yang tak dilantik bila Timbalan-timbalan Exco tu dapat "elaun buta" 5 bulan. Kalau nak kira tolong Exco depa pun boleh mengaku depa tolong Exco. Mesti ada punya yang terasa hati walaupun aku yakin depa yang terasa hati tu akan pendam dalam hati saja.

Lagi satu, aku yakin akan ada suara-suara sumbang dari PKR yang tak puas hati, pasai apa tak dilantik Adun tunggal PKR Kelantan tu jadi Timbalan Exco. Takkan dari 13 orang tu tak boleh selit Adun tunggal tu. kalau pun mungkin nak kena bagi jugak 13 orang tu jadi Timbalan Ecxo, takkan tak boleh tambah sorang lagi jadi 14 orang.

Kalau tanya aku secara peribadi, aku pun tak kisah pun Adun tunggal tu tak dilantik malah dari beberapa sudut aku sokong dia tak dilantik, tapi atas dasar "Memperkukuhkan Pakatan Rakyat" adalah lebih baik dia dilantik sama jadi Timbalan Exco.


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Kedah tak mau ka lantik Timbalan Exco?


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...