Ucapan Naib Ketua Ulama' Selangor pertikai dan tak wala' Majlis Syura' (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 02, 2016

Ucapan Naib Ketua Ulama' Selangor pertikai dan tak wala' Majlis Syura' (video)

Aku boleh bayangkan kalau yang buat ucapan menyanggah dan tak wala' kepada Majlis Syura' tu dari kalangan profesional atau aktivis parti, mungkin dah kena label lembu, anjing, babi atau yang sewaktu dengannya kalau pun tidak munafiq.

Ulama-Selangor-persoal-Rani-jadi-calon-bagai-'harum-manis-pencuri
TheMalaysianMirror dalam berita bertajuk "Ulamak PAS S’gor tidak setuju pencalonan Dr Rani" melaporkan:
Keputusan PAS meletak Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dikesali Dewan Ulamak Negeri Selangor yang mempertikai kewajarannya.

Perwakilan Selangor, Nik Baki Nikmat berkata PAS sepatutnya meletak calon lain memandangkan masih ramai pimpinan profesional dan ulama dalam PAS yang berwibawa boleh diketengahkan dalam PRK Sungai Besar. - TMM.
Juga dilaporkan:
“Selangor merasakan ada sesuatu yang kalau boleh dewan ulamak ambil ketegasan dengan calon PRK, mungkin Selangor terasa dari sudut ada unsur pemilihan calon yang menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri atau ‘harum manis lawan harum manis’.

“Ramai pimpinan kita profesional dan ulama, kita terima dan sentiasa terbuka mereka jadi pemimpin, dan ulama sokong, kita mahu profesional tulen dalam Pas, bukan cetak rompak,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulamak PAS dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS ke-55 di Sweet Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - Ibid.

Aku ingatkan bila semua 'pengkhianat' dah keluar dan yang tak mau keluar pulak dipecat dari PAS dah takdak yang berani menyanggah dan tak wala' kepada keputusan Majlis Syura' Ulama.

Lebih hebat lagi, yang menyanggah tu pun ulama' jugak la kut pasai ahli Dewan Ulama. Malah lebih dahsyat lagi, bukan sekadar ahli biasa tapi pegang jawatan Naib Ketua Dewan Ulama' negeri Selangor pulak tu.

Macamana ulama' PAS sendiri pun tak boleh nak wala' kepada keputusan Majlis Syura' PAS, keputusan yang sebelum ni Dewan Ulama juga yang kata keputusan tertinggi dalam PAS, melebihi Muktamar PAS Pusat (walaupun disanggah oleh sebahagian ahli PAS.)

Dr. Mahfodz Mohamed Ketua Dewan Ulama bagaimanapun ketika menjawab isu tu menempelak Naib Ketua Dewan Ulama Selangor.

MalaysiaDateline dalam berita bertajuk "Ahli tidak perlu pertikai siapa calon Pas di PRK, kata Mahfodz" melaporkan:
Ahli Pas tidak sepatutnya mempertikaikan calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk mewakili parti itu pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun nanti, tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Malah, semua ahli parti termasuk ulama perlu menghormati keputusan tersebut dan bekerja keras membantu calon memenangi kedua-dua PRK tersebut. - MalaysiaDateline.
Juga dilaporkan:
“Mengenai pemilihan calon PRK sebenarnya proses pemilihan bermula dari kawasan dan dibawa negeri dan seterusnya dewan harian (Pas) kita berbincang.

“Masing-masing ada hak, kawasan bincang dewan ulama negeri pun sudah bincang. Tidak kira siapa, bila diputuskan jawatankuasa harian Pas maka kena wala (taat) supaya calon yang kita letak mencapai kemenangan lebih-lebih lagi di Selangor apabila pada PRU lepas kita kalah tipis.

“Kali ini bakal-bakal calon diputuskan Majlis Syura Ulama dan Majlis Syura Ulama putuskan mereka (Calon PAS di dua PRK) layak bertanding. - Ibid.
Lebih menarik status Facebook Iskandar Samad Pesuruhjaya PAS Selangor yang tulis:

Hijau-di-luar-dan-hijau-di-dalam-tetapi-penuh-dgn-ulat-Iskandar-Samad
Sumber: Facebook
Apapun, kira nasib baik yang tegur tu 'ulama' dalam Dewan Ulama pulak tu. Aku boleh bayangkan kalau yang buat ucapan menyanggah dan tak wala' kepada Majlis Syura' tu dari kalangan profesional atau sekadar aktivis parti, mungkin dah kena label lembu, anjing, babi atau yang sewaktu dengannya kalau pun tidak munafiq ataupun kafir terus.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...