PRK Sungai Besar: Survey terbaru menunjukkan BN bakal menang besar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 02, 2016

PRK Sungai Besar: Survey terbaru menunjukkan BN bakal menang besar

Apa pun, aku sebenarnya tak berapa nak yakin dengan tinjauan UNCI untuk PRK Sungai Besar ni, pasainya sejarah PRK Teluk Intan dulu membuktikan yang tinjauan UNCI tersasar jauh dari keputusan sebenar.

Calon-yang-akan-bertanding-PRK-Sungai-Besar
Malaysiakini dalam berita bertajuk "BN sedang hampiri kejayaan di Sg Besar - tinjauan UCSI" melaporkan:
Tinjauan terbaru mendedahkan BN mempunyai sokongan paling tinggi di kalangan pengundi Sungai Besar, dengan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun ini.

Menurut Pusat Penyelidikan Pilihan Raya UCSI, jika pilihan raya diadakan pada masa ini, sehingga 44.75 peratus pengundi akan menyokong calon BN.

Tempat kedua pula ialah PKR dengan 24.25 peratus, diikuti PAS 13 peratus dan Parti Amanah Negara (Amanah) 8.25 peratus. - Mkini.
Tak heran kut kalau betul pun calon Umno BN akan menang lebih besar. Kalau ikut dapatan UNSI tu, calon Umno BN bakal menang dengan majoriti hampir 4,000 undi.

Kalau Pakatan Rakyat masih ujud dan sokongan kepada parti-parti pembangkang tu dicampur maknanya calon Pakatan Rakyat dah dapat 45.5% undi, boleh la dapat majoriti dibawah 500 undi.

Walaupun Umno BN sekarang ni penuh dengan isu dan skandal besar tapi parti-parti pembangkang pun tak kurang bangangnya pulak, tak habis-habis berperang sesama sendiri termasuk dalam kalangan Pakatan Harapan yang belum pun setahun jagung ditubuhkan.

Berita Malaysiakini tu juga dilaporkan:
Tinjauan menunjukkan 90.25 peratus pengundi telah membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi nanti dengan hanya 9.75 peratus masih di atas pagar.

Tinjauan itu dijalankan antara 24 Mei hingga 29 Mei dengan melibatkan 400 responden yang terdiri daripada 230 pengundi Melayu, 155 Cina dan 15 India. - Ibid.
Apa pun, tinjauan tu dibuat sebelum Amanah yang mewakili Pakatan Harapan umumkan calon, malah mungkin ada dalam kepala antara responden tu yang membayangkan Mat Sabu yang akan jadi calon Amanah di PRK Sungai Besar tu.

Dengan pengumuman Ustz Azhar yang jauh lebih baik dari Mat Sabu sebagai calon yang akan wakili Amanah di PRK Sungai Besar nanti, aku sangat-sangat yakin peratus untuk Amanah tu akan meningkat jauh lebih tinggi.

Kalaupun mungkin tak berapa nak boleh ubah pendirian pengundi Umno BN dan PAS yang terbukti totok tapi untuk dapatkan sokongan pengundi PKR aku yakin takdak masalah.

Tapi yang lebih penting lagi adalah untuk dapatkan sokongan pengundi yang masih 'atas pagar' yang hampir 10% tu.

Dengan pakej biodata calon pilihan Amanah yang sangat menarik yang Amanah pilih untuk PRK Sungai Besar ni kerja untuk kempen kepada pengundi 'atas pagar' ni lebih mudah.

Apa pun, aku sebenarnya tak berapa nak yakin dengan tinjauan UNSI untuk PRK Sungai Besar ni, pasainya sejarah PRK Teluk Intan dulu membuktikan yang tinjauan UNSI tersasar jauh dari keputusan sebenar.

Tinjauan UNCI untuk PKR Teluk Intan tu menunjukkan jangkaan yang Dyana Sofia calon DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi tapi akhirnya keputusan rasmi Calon BN Mah Siew Keong yang menang dengan 238 undi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...