Biodata calon Amanah PRK Sungai Besar jauh lebih hebat dari Mat Sabu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 02, 2016

Biodata calon Amanah PRK Sungai Besar jauh lebih hebat dari Mat Sabu

Selain dari segi pengalaman politik dan istiqomah dalam politik, memang sangat jelas boleh nampak kelebihan Ustaz Azhar Ab Shukur calon Amanah untuk PKR Sungai Besar ni berbanding Mat Sabu. 

Ustaz-Azhar-Ab-Shukur-calon-Amanah-untuk-PKR-Sungai-Besar
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Azhar diumum calon AMANAH di Sungai Besar" melaporkan:
Pakatan Harapan (HARAPAN mengumumkan Pengerusi AMANAH Sungai Besar Azhar Abdul Shukur sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu membuat pengumuman tersebut malam tadi di Dewan Sri Sekinchan, Sekinchan.

"Kita perlu seorang wakil rakyat yg memahami suara naluri petani nelayan dan penternak, faham kehidupan masyarakat supaya suara penduduk Sungai Besar akan ke parlimen nanti.

"(Kita) tak mahu calon menang tidur di parlimen. Harap dia memainkan peranan membongkar masalah dan membela rakyat," katanya. - Mkini.
Nasib baik la bukan Mat Sabu yang bertanding dsi PRK Sungai Besar walaupun sebelum ni ramai yang macam melobi untuk Mat Sabu sebagai calon Amanah di PRK Sungai Besar, mungkin depa nak sangat suara Mat Sabu yang lantang di parlimen.

Sangat tak logik untuk nak letak Mat Sabu sedangkan Amanah ada sorang calon tempatan yang tak kurang hebatnya, malah kalau tengok ke biodatanya nampak lebih hebat dari Mat Sabu.

Selain dari segi pengalaman politik dan 'istiqomah' dalam politik, memang sangat jelas boleh nampak kelebihan Ustaz Azhar Ab Shukur calon Amanah untuk PKR Sungai Besar ni berbanding Mat Sabu.

Kalau tengok dari sudut 'faktor negatif' sudah tentu Mat Sabu yang dah lama dalam politik banyak 'sisi negatif' yang mungkin menyebabkan ramai akan tak undi calon Amanah dalam politik berbanding Ustaz Azhar yang belum pun setahun jagung dalam politik.

Kat bawah ni aku salin tampal biodata calon Amanah PRK Sungai Besar.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR

Umur : 51 Tahun

Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Status : Berkahwin

Isteri : Nor’adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)

PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)

KERJAYA

• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2017-kini)

• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)

• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)

• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)

• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)

• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)

• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)

• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)

• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)

PENGALAMAN

Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMFM dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.

PENGIKTIRAFAN

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)

JAWATAN DALAM PARTI

Ketua AMANAH Sungai Besar
Lagi satu 'kelebihan' calon yang Amanah pilih ni, dia bukan saja anak jadi Sungai Besar tapi adalah anak bekas Adun Umno Dun Sungai Panjang.

Aku sangat yakin, calon yang Amanah pertaruhkan ni boleh dapat undi jauh lebih besar berbanding kalau Mat Sabu yang jadi calon,

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...