Mantik BANGANG Ketua Pemuda PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 03, 2016

Mantik BANGANG Ketua Pemuda PAS

Tak ka BANGANG namanya Nik Abduh  tuduh ahli PAS mabuk pasai DAP bagi arak lepas tu nak suruh semua orang faham itu ayat mantiq. Kecuali la kalau dia buat ucapan tu dalam program hal bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gambar hiasan
Malaysiakini dalam berita bertajuk "DAP 'beri arak', AMANAH pun tertubuh - Nik Abduh" melaporkan:
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).

‎Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, DAP sebenarnya sombong sehingga mereka tidak sedar kesombongan sendiri.

Sebaliknya, katanya, parti itu pula menuduh beliau bersikap sedemikian. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Saya nak beritahu DAP yang sombong sehingga dia tak tahu dia sombong, sehingga dia kata saya pula sombong.

"DAP sombong, pertama saya nak tanya dalam c‎erita kita bersama dulu siapa yang mula serang terhadap presiden PAS? DAP.

"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh‎‎," katanya pada sidang media sempena Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini. - Ibid.



Ada yang kata 'minum arak' yang Nik Abduh kata tu mantiq, kalau itu mantik pada aku itu mantiq BANGANG.

Mantiq setakat yang aku faham terutama macam yang selalu Allahyarham Ust Fadzil guna dia akan terangkan maksud mantiq dia supaya takdak yang tersalah faham pasai mantiq memang biasanya doleh ditafsirkan macam-macam.

Tak ka BANGANG namanya Nik Abduh tuduh ahli PAS mabuk pasai DAP bagi arak lepas tu nak suruh semua orang faham itu ayat mantiq. Kecuali la kalau dia buat ucapan tu dalam program hal bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antarapos dalam berita bertajuk "Tergamak Nik Abduh umpamakan kami dengan 'arak' dan 'mabuk' - Anuar Tahir" melaporkan:
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir mempersoalkan bagaimana Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tergamak mengaitkan penubuhan parti itu dengan perumpamaan 'arak' dan 'mabuk'.

Nik Abduh hari ini mendakwa DAP terlalu angkuh apabila memberikan 'arak' dan 'memabukkan' segelintir ahli PAS sehingga mereka bertindak keluar parti dan menubuhkan PAN.

Selepas Muktamar PAS kali ke-61 (2015), sekumpulan pimpinan parti itu bertindak keluar parti dan menubuhkan PAN selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Alangkah buruknya tafsiran itu, tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Ketua Pemuda sebuah parti Islam dengan membawa perumpamaan 'mabuk','arak'.

"Kenapa sebuah parti Islam sekarang ini pemimpinnya daripada peringkat atasan sampai pimimpin pertengahan telah begitu biasa dengan perkataan yang kotor, cemar, berbaur maksiat dan dulu perkataan barua, babi, anjing dan istilah yang buruk ini keluar daripada mulut seorang daie Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini. - Antarapos.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...