Pemuda PAS perkemas hasrat Presiden, bersedia menentang PKR dan DAP dalam PRU14? (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 01, 2016

Pemuda PAS perkemas hasrat Presiden, bersedia menentang PKR dan DAP dalam PRU14? (video)

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, dimana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan. Kemudian ditinggalkan begitu sahaja,"

Pemuda-PAS-bersedia-bertanding-lawan-PKR-DAP
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Pemuda PAS ikrar 'seribu langkah' di kerusi PKR, DAP" melaporkan:
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap pucuk kepimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, ‎pembahagian kerusi wajar mengambil kira kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi di samping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, dimana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan.

"Kemudian ditinggalkan begitu sahaja," katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar DPPM ke-57 di Kota Bharu hari ini. - Ibid.


Antarapos dalam berita bertajuk "PRU14: PAS sedia runding semula agihan kerusi dengan PKR" melaporkan:
PAS bersedia berbincang dengan PKR bagi merunding semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian mengulas cadangan Pemuda PAS agar kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu diambil semula oleh parti Islam itu.

"Kita akan kaji cadangan tersebut. Sebab tahaluf sentiasa dibuat kajian. Sama ada agihan kerusi, kekuatan sokongan dan jentera pilihan raya. Cadangan itu suatu yang positif dan baik untuk melihat kemenangan untuk rakyat. Yang penting supaya kemelut yang ada dapat dihentikan," katanya di sidang media selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS hari pertama di Kelantan Trade Centre, petang tadi. - Antarapos.
Aku tak berapa nak faham apa maksud perkataan 'seribu langkah' yang Ketua Pemuda PAS ni maksudkan.

Kalau 'seribu langkah' tu termasuk sedia untuk bertanding di kerusi PKR dan DAP, nampaknya hasrat tu tentu akan tercapai pasai nampak senada dengan statement Hj Hadi sebelum ni macam video kat bawah ni.



Cumanya, jangan sampai nanti 'seribu langkah' tu jadi 'langkah seribu' sudah la, memalukan melayu saja nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...