Dalam bab calon dalam iddah ni jentera calon Umno sebenarnya punya kelebihan, depa tak perlu bersusah payah 'mekap' calon, tak perlu kena pastikan calon sentiasa senyum, macamana calon nak salam dan bersembang dengan pengundi dan macam-macam perkara yang remeh temeh berkenaan calon.
MalaysiaDatelime dalam berita bertajuk "Calon BN Kuala Kangsar masih dalam edah, tidak boleh keluar kempen" melaporkan:
Kem Pas di Kuala Kangsar menyambut pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid di Kuala Kangsar dengan gembira apabila beliau tidak dapat keluar rumah untuk berkempen.
Media rasmi Pas Terengganu yang ditugaskan di Kuala Kangsar menyifatkan, selepas hanya dua jam, Mastura dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, ‘Kem BN’ dilaporkan terpaksa memikirkan semula cadangan tersebut. - MalaysiaDateline.
Bernama dalam berita bertajuk "Masih Dalam Edah, Mastura Tidak Dapat Sertai Kempen PRK Kuala Kangsar" melaporkan:
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.Aku sungguh tak faham macamana "Kem Pas di Kuala Kangsar" boleh sambut berita tu dengan gembira, takkan kut depa rasa kalau calon tak boleh keluar rumah untuk berkempen maknanya langsung kempen tak boleh berjalan.
Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.
“Tempoh syarak ini wajib saya patuhi dan saya amat mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini. - Bernama.
Realitinya, dalam politik Malaysia terutamanya untuk orang melayu kempen calon masa tempoh berkempen adalah semata-mata untuk memperkenalkan calon saja, tak lebih dari itu. Tak payah sembang pasai manifesto apa bagai, buang masa ja.
Kalau ada yang kata calon keluar berkempen untuk menonjolkan ketokohan, mungkin ada betulnya tapi tak semestinya dengan calon keluar berkempen boleh menonjolkan ketokohan malah mungkin kalau calon Umno yang dalam iddah ni keluar berkempen mungkin pengundi akan nampak yang calon tu sebenarnya takdak ketokohan langsung.
Biodata calon macam yang dalam berita Bharian bertajuk "5 kriteria Mastura dipilih calon PRK Kuala Kangsar" pun dah cukup untuk tonjolkan ketokohan calon.
Mastura, 55, yang juga ibu kepada empat anak adalah seorang peguam dan memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984 dan Diploma Undang-undang Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1989.Dalam bab calon dalam iddah ni jentera calon Umno sebenarnya punya kelebihan, depa tak perlu bersusah payah 'mekap' calon, tak perlu kena pastikan calon sentiasa senyum, macamana calon nak salam dan bersembang dengan pengundi dan macam-macam perkara yang remeh temeh berkenaan calon yang mungkin sampai tahap memerlukan seorang perunding imej dan seorang tukang tulis teks skrip.
Beliau bertugas sebagai peguam selama enam tahun dan aktif bergiat dalam dunia politik dengan menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan, sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga.
Walaupun tidak menyandang jawatan, ramai mengetahui Mastura adalah penasihat dan peneman setia Allahyarham suaminya dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan (2008-2013) dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. - Bharian
Depa mungkin cuma perlu tonjolkan ketokohan suami yang telah meninggal dunia dan berkempen untuk timbulkan rasa simpati supaya pengundi mengundi balu dia masa hari mengundi nanti.
Aku cukup setuju macam Mat Saman Kati tulis dalam facebook dia:
Cukup kalau semua petugas Umno gunakan ayat ini disetiap kempen, "kalau Tuan2 dan Puan2 ingat kat arwah Wan Khairil dan kenang jasa-jasa dia, undi lah Umno." Cukup. - Facebook MSK.Sekurang-kurangnya memang cukup kalau setakat untuk dapat undi melayu yang masa PRU13 dulu undi arwah suami dia Wan Khairil.
Ditambah lagi sikit sebanyak dengan modal 'dedak' yang akan ditaburkan merata ceruk, setakat nak boleh menang memang takdak masalah bagi calon BN tu..
Satu bonus pulak kalau depa boleh tonjolkan 'ketokohan' anak-anak calon yang secara tak langsung menggambarkan betapa hebatnya ketokohan calon bersama suami mendidik anak-anak.
Masalahnya sekarang ni, parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan sampai sekarang masih belum umumkan calon. Masa dibazirkan hampir 3 minggu secara BANGANG semata-mata nak bagi muka kat Azmin berunding dengan PAS yang bongkak dan tak sedar diri tu.
Aku boleh bayangkan macamana peningnya jentera calon Amanah dengan segala macam kekurangan nak memperkenalkan calon, nak menonjolkan ketokohan calon kepada setiap pengundi sebelum hari mengundi PRK Kuala Kangsar.
Kecuali la kalau Amanah setuju untuk mencalonkan Hj Nizar dan sanggup 'busukkan lagi' nama dia kalau kalah teruk berbanding calon PAS.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis