Tambah lagi kalau tengok kepada kenyataan 'BANGANG' segelintir pemimpin Amanah yang masih lagi berharap PAS setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, mungkin depa dah mula 'give-up' untuk tarik sokongan pengundi melayu-Islam.
Malaysiakini dalam berita bertauk "Musa Hitam: Jika saya PM, pilihan raya tahun depan" melaporkan:
Berikutan kemenangan besar BN pada dua pilihan raya kecil baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata beliau akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan sekiranya menjadi perdana menteri.
"Pilihan raya kecil berkembar ini diadakan di tengah-tengah serangan besar (pembangkang) ke atas kerajaan BN dan pemimpinnya. Ini tidak pernah dihadapi oleh BN (dalam pilihan raya sebelumnya). Selain itu, Umno dan BN tidak stabil secara dalaman.
"(Tetapi) Umno masih menang dengan majoriti undi yang tidak dijangka," katanya dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily hari ini. - Mkini.
Sinarharian pula dalam berita bertauk "PRU14: Esok pun boleh, kata Shahrizat" melaporkan:
Wanita Umno menyatakan kesediaan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.Kalau ditengok kepada keputusan terperinci PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar minggu lepas, memang itulah realitinya yang kita nampak dengan sangat jelas.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, kemenangan besar BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Sabtu lalu sebagai simbolik positif, rakyat menerima parti itu di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Wanita bersedia bila-bila masa. Kita serahkan pada Presiden. Esok pun boleh, tahun depan pun boleh. Terpulang kepada keputusan yang terbaik oleh Presiden.
“Pada saya, kemenangan BN satu petanda yang amat baik. Ini memang dikatakan sudah terang lagi bersuluh,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, semalam. - Sinarharian.
Malah yang aku lebih bimbang nampak sangat Amanah bukan saja masih tak bersedia untuk mencabar Barisan Nasional, tapi untuk mencabar PAS pun Amanah masih nampak terkial-kial terutamanya di Daeran Mengundi malayu luar bandar dan separa luar bandar.
Lebih dari itu, kalau tengok keputusan PRK Kuala Kangsar ada 25 daripada 70 saluran yang calon Amanah dapat undi kurang 10% malah ada saluran yang calon Amanah cuma dapat 3(1.2%) dan 5(1.3%) undi sahaja.
Di PRK Sungai Besar pula 45 dari 90 saluran yang calon Amanah dapat undi kurang 10% dan ada saluran yang calon Amanah tak dapat undi langsung (0), 2(0.8%) dan 7(2.6%) undi sahaja.
Walaupun aku malas nak semak tapi aku amat yakin saluran-saluran ni tentu berada di Daerah Mengundi majoriti pengundi melayu di luar bandar dan separa luar bandar.
Aku langsung tak heran bila ada jentera kempen Amanah yang bagitau ramai pengundi yang tak kenal malah ada yang tak pernah dengar pun nama parti Amanah.
Kalau tengok kepada gerakerja parti Amanah sebelum disibukkan dengan kempen PRK, aku tak nampak satu gerakerja yang hebat d an tersusununtuk memperkenalkan parti Amanah terutama kepada pengundi melayu-Islam kecuali mungkin cuma dibeberapa kawasan parlimen sahaja yang itu pun tak hebat dan tersusun mana gerakerjanya.
Kalau betul Najib buat pilihanraya awal macam yang 'dicadangkan' oleh Musa Hitan dan Shahrizat tu Amanah takkan sempat bersedia untuk bagi saingan kepada BN dalam PRU14 termasuk di kerusi pengundi bukan melayu yang agak tinggi yang berkemungkinan besar calon Amanah akan bertanding dan jangan hairan kalau calon parti Amanah kalah teruk.
Tambah lagi bimbang aku kalau tengok kepada kenyataan 'BANGANG' segelintir pemimpin Amanah yang masih lagi berharap PAS setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, mungkin depa dah mula 'give-up' untuk tarik sokongan pengundi melayu-Islam.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis