Amanah tak payahlah jadi BANGANG, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 23, 2016

Amanah tak payahlah jadi BANGANG, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Dah sampai masanya Amanah buat kerja untuk 'melemahkan' PAS malah kalau boleh mengkuburkan terus PAS supaya Amanah dapat ambilalih sokongan majoriti pengundi 'melayu Islam' dari PAS.

Sinarharian pada 19 Jun dalam berita bertajuk "Amanah ajak Pas bersama Pakatan Harapan" melaporkan:
Pakatan Harapan mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya. - Sinarharian.
Malaysiakini semalam dalam berita bertajuk "'PAS tak mungkin semeja lagi dengan DAP, AMANAH'" melaporkan:
PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.

Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan AMAnAH kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok ketiga pembangkang.

"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan AMANAH dan DAP. - Mkini.
Aku tak faham sngguh la dengan segelintir pemimpin Amanah ni, tak reti bahasa sungguh. Depa ni tak faham-faham yang PAS memang tak mau berkawan dengan Amanah yang depa anggap pengkhianat.

Aku yakin selagi Hj Hadi dan pemimpin yang sama waktu dengannya masih ada dalam PAS dan masih menguasai PAS jangan nak berangan PAS akan sanggup berkawan dengan Amanah.

Paling tidak pun sekurang-kurangnya sehingga PAS kalah teruk dalam PRU14 termasuk di Kelantan dan Umno pun dah tak sudi nak berkawan dengan PAS, tu pun aku tak berapa nak yakin depa akan sanggup berkawan dengan Amanah.

Pada aku dah sampai masanya Amanah buat kerja untuk 'melemahkan' PAS malah kalau boleh mengkuburkan terus PAS supaya Amanah dapat ambilalih sokongan majoriti pengundi 'melayu Islam' dari PAS. Kalau betul Amanah berhasrat nak menang PRU14 bersama Pakatan Harapan, itulah caranya.

Kalau Amanah setakat bergantung kepada PKR dan DAP, Pakatan Harapan takkan berjaya menewaskan BN dan menguasai Putrajaya sama macam BN gagal ditewaskan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "AMANAH lebih kuat kerana bersama PKR,DAP - Mat Sabu" melaporkan:
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menegaskan bahawa parti itu lebih kuat dengan kehadiran PKR dan DAP.

Beliau juga menyatakan ketidak setujuan berhubung Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa calon-calon Amanah yang bertanding dalam pilihan raya kecil baru-baru ini akan kehilangan deposit mereka tanpa sekutu parti.

"Kekuatan AMANAH terletak pada Pakatan Harapan (HARAPAN). Berseorangan, kami tidak kuat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap hilang deposit," kata Mohamad kepada Malaysiakini.

AMANAH, kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan terus bersama Pakatan Harapan kerana percaya dengan bersendirian dalam perjuangannya, parti itu tidak dapat pergi jauh dalam arena politik negara.

"Kami akan kelihatan kuat, tetapi kita tidak akan menang dalam pilihan raya, (tetapi ) HARAPAN boleh. - Mkini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...