Pakatan perlu ubah tektik kuno satu lawan satu kalau mahu jatuhkan Umno BN dalam PRU14 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 25, 2016

Pakatan perlu ubah tektik kuno satu lawan satu kalau mahu jatuhkan Umno BN dalam PRU14

Aku yakin dengan perancangan dan perlaksanaan yang berkesan strategi yang baru akan lebih mudah untuk tumbangkan Umno BN berbanding kaedah kuna satu lawan satu yang tentunya Umno BN dah bersedia dengan strategi depa untuk menggagalkannya. 

Malaysiakini dalam berita bertajuk ‘Satu lawan satu tak cukup untuk kalahkan BN’ melaporkan:
Adalah satu kegilaan untuk pembangkang berterusan memberi tumpuan kepada taktik kuno dengan membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mengalahkan BN, kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong.

Bagi menewaskan BN, katanya, adalah tugas yang amat berat buat Pakatan Harapan dan mereka tidak mempunyai jalan pintas dengan menggunakan taktik lama atau mengikut cara BN.

"Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN. - Mkini.
Juga dilaporkan:
“Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?

"Albert Einstein pernah berkata bahawa takrif kegilaan adalah melakukan perkara sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza. - Ibid.
Aku cukup suka cara berfikir diluar kotak macam ni. Walaupun tak dinafikan yang kardah satu lawan satu adalah kaedah yang dah terbukti berkesan dalam PRU12 dengan Pakatan Harapan beraya menang 5 negeri tapi untuk PRU13 nampak kaedah tu dah tak berapa berkesan.

Tambahan pula tetap berlaku juga pertindihan calon dibeberapa kerusi yang mungkin hasil mainan ejen Umno untuk menafikan satu lawan satu dan seterusnya berjaya menafikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Malah untuk PRU14 nanti dah nampak semakin jelas kaedah satu lawan satu yang kuno tu hampir mustahil dilaksanakan bila PAS dengan angkuh kata depa kuat bila bersendirian. Tambah-tambah pulak PAS dilihat berpatah arang dengan DAP dan hampir mustahil PAS akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Amanah parti serpihan PAS yang dianggap pengkhianat.

Jadinya idea diluar kotak macam yang Liew Chin Tong lontarkan ni amat wajar dikaji dan dibengkelkan dan seterusnya dilaksanakan dalam menghadapi PRU14 nanti.

Aku yakin dengan strategi dan perlaksanaan yang berkesan kaedah baru ni akan lebih mudah untuk tumbangkan Umno BN berbanding kaedah kuna satu lawan satu yang tentunya Umno BN dah bersedia dengan strategi depa untuk menggagalkannya.

Berita Malaysiakini tu juga melaporkan:
"Kita perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang pengundi benar-benar mahu dan bukannya apa yang ahli-ahli politik dan penganalisis politik mahu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau yakin kunci kejayaan bukan terletak pada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mahupun penubuhan sebuah blok pembangkang tunggal, tetapi dalam melibatkan rakyat dan menulis semula politik Malaysia.

"Sudah pasti untuk mengalahkan Umno/BN adalah tugas berat, walaupun dengan entiti pembangkang tunggal Pakatan Rakyat.

"Berat sebelah institusi terhadap pembangkang bermula dari peringkat awal lagi.

"Peraturan permainan sentiasa ditetapkan oleh Umno/BN, dan mereka juga adalah pengadil serta tiang gol sentiasa diubah untuk disesuaikan dengan kepentingan mereka,” kata Liew. - Ibid.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...