Tapi memandangkan kes ni cukup jelas melibatkan 'skrip berprofile tinggi' aku tak rasa kita akan tahu siapa sebenarnya yang bayar Azahruddin dan Ratu Naga dalam skandal jual tandatangan palsu Dekalarasi Rakyat hasil usaha Dr. Mahathir tu
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Deklarasi Rakyat 'tiada urusan' dengan Azharuddin, Ratu Naga" melaporkan:
Sekretariat Deklarasi Rakyat hari ini menafikan sekeras-kerasnya pernah berurusan dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya telah menjual 900,000 nama daripada pangkalan data dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa yang sama, sekretariat itu juga menegaskan tidak pernah terlibat dalam urus niaga dengan Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di laman sosial Facebook yang dikatakan terpalit sama dalam isu berkenaan. - Mkini.
MalaysiaDateline dalam berita bertajuk "Dakwaan Ratu Naga menawarkan RM5,000 dapatkan pangkalan data Deklarasi Rakyat" pada 26 Mei melaporkan:
Seorang individu bernama Azharuddin Othman alias Abdullah hari ini tampil membuat pendedahan mendakwa beliau ditawarkan RM5,000 bagi sejumlah pengkalan data yang akan digunakan untuk 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat.Malaysiakini dalam bertia bertajuk "Ratu Naga buat sumpah laknat junjung al-Quran" pada 27 Mei pula melaporkan:
Dalam sidang media bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Azharuddin, 30 yang bekerja sebagai pengaturara komputer bebas secara sambilan berkata, seorang wanita dikenali sebagai Ratu Naga menghubunginya pada 27 April lalu bagi tujuan itu.
"Dia menawarkan saya RM 5,000 untuk mendapatkan 1.2 data base dan beberapa penghantaran dibuat ke emailnya (primes.ratu@gmail.com).
“Dia memaklumkan saya, data base itu untuk kegunaan bagi projek memorandum Deklarasi Rakyat ke DYMM Yang DiPertuan Agong,” katanya ketika membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan dan pengakuan beliau adalah benar. - MalaysiaDateline.
Seorang wanita yang didakwa menipu dalam 'jualan' pangkalan data nama untuk Deklarasi Rakyat tampil menyifatkan apa yang berlaku sebagai “perang psikologi bodoh”Kalau tengok ke status-status dalam facebook Ratu Naga tu memang logik kalau dia terlibat secara langsung dengan kempen tandatangan Deklarasi Rakyat tu.
Syarul Ema Rena Abu Samah, yang dikenali sebagai Ratu Naga di alam maya, bersumpah tidak kenal jurutera Azharuddin Othman, yang membuat dakwaan itu.
“Saya tak kenal budak itu (Azharuddin). Saya cuma kenal Chegubard,” katanya. - Mkini.
Pada aku, aku yakin, pendedahan Azharuddin tu ada kebenarannya, kalaupun mungkin bukan 100% tapi asasnya tentu ada.
Lagi pun takkan dia berani buat 'kerja gila' dedahkan yang dia jual database 900,000 nama untuk palsukan tandatangan Deklarasi Rakyat tu, siap akuan bersumpah pulak tu kalau dia tak dibayar?
Ratu Naga pun aku yakin memang terlibat macam pendedahan Azharuddin tu, Status-status dia dalam facebook dia lebih meyakinkan aku yang dia memang terlibat.
Malah sumpah laknat junjung Al-Quran yang dia buat tu lebih meyakinkan aku yang dia memang terlibat buat kerja palsukan tandatangan Deklarasi Rakyat tu.
Azharuddin memang sahih dah kut di bayar, orang spesis 'cybertrooper Umno' yang biasanya 'makan dedak' macam Ratu Naga tu pun sudah barang tentu dibayar jugak.
Persoalan sekarang ni, siapa yang bayar Azharuddin dan Ratu Naga tu?
Malaysiakini dalam berita semalam bertajuk "Polis akan siasat lelaki jual nama untuk Deklarasi Rakyat" melaporkan:
Polis akan memanggil seorang pengaturcara komputer, yang mendakwa telah menjual nama-nama yang digunakan untuk Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Sepatutnya dengan siasatan polis ni kita akan dapat tahu siapa yang bayar Azahruddin dan Ratu Naga tu.
"Kita akan memanggil individu itu dalam dua atau tiga hari untuk membantu siasatan mengenai dakwaan beliau dan mendapatkan maklumat terperinci mengenainya tidak lama lagi," kata Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim. - Mkini.
Tapi memandangkan kes ni cukup jelas melibatkan 'skrip berprofile tinggi' aku tak rasa kita akan tahu siapa sebenarnya yang bayar Azahruddin dan Ratu Naga dalam skandal jual tandatangan palsu Dekalarasi Rakyat hasil usaha Dr. Mahathir tu
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis