Rasuah Perempuan di Selangor: Rafizi tak berani dedah kepada umum | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 31, 2016

Rasuah Perempuan di Selangor: Rafizi tak berani dedah kepada umum

Ada kemungkinan jugak Rafizi terpaksa 'beralah' dengan Azmin kali ni dengan serahkan bukti-bukti tu kepada SPRM tanpa dedahkannya kepada umum macam keputusan mesyuarat PKR untuk pastikan kedudukan dia 'selamat' dalam PKR.

Rafizi-serah-bukti-rasuah-peampuna-selangor-kepada-SPRM
AstroAwani dalam berita bertajuk "Rasuah di Selangor: SPRM perlu diberi ruang jalankan siasatan menyeluruh - Rafizi" melaporkan:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas aduan salah laku rasuah di Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata sebagai individu yang memfailkan laporan, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut.

"Saya tertakhluk kepada kerahsiaan setelah laporan dibuat.

"Situasi ini mengecewakan kerana saya sebagai ahli PKR memfailkan laporan melibatkan ahli parti sendiri," tambah Rafizi. - AstroAwani.
Kalau Rafizi berminat nak dedahkan bukti tu kepada umum, sepatutnya Rafizi dedahkan dulu sebelum diserahkan kepada SPRM. Bila dah diserahkan kepada SPRM memang la dia tertakluk kepada kerahsiana.

Sebelum ni dalam posting aku bertajuk "Bukti 'rasuah perempuan': Tak cukup sekadar Rafizi dedah dalam mesyuarat PKR." aku tulis:
Kalau betul Rafizi nak berperang dengan Azmin Ali dan berhajat untuk menang, tak cukup kalau sekadar bentangkan bukti dakwaan rasuah tu dalam mesyuarat PKR.

Tambahan pula kalau bukti atau kesalahan tu melibatkan Azmin atau 'kartel' Azmin. - Ibid.
Dalam posting tu aku jugak tulis:
Aku yakin Rafizi takdak masalah untuk dedahkan bukti tu walaupun mungkin melibatkan Akta Rahsia Rasmi. Dengan Najib dan kerajaan Malaysia pun Rafizi berani tanggung risiko takkan setakat Kerajaan Selangor Rafizi nak takut.

Kalau bukti yang Rafizi ada tu cukup kuat Azmin takkan boleh buat apa-apa dan dengan 'kuasa' akarumbi yang cukup kuat ada dalam PKR, Rafizi akhirnya boleh dapat kemenangan mutlak dalam perang dengan Azmin tu.

Itu pun kalau Rafizi ikhlas nak perjuangkan rakyat laa, tapi kalau Rafizi lebih berminat setakat nak perjuangkan PKR lagi elok Rafizi pi cium tangan Azmin, minta maaf dan lepas ni terus kipas bontot Azmin. - Ibid.
Nampaknya mungkin Rafizi tak berninat nak teruskan 'perang' dengan Azmin dan 'kartel'nya.

Ada kemungkinan jugak Rafizi terpaksa 'beralah' dengan Azmin kali ni dengan serahkan bukti-bukti tu kepada SPRM tanpa dedahkannya kepada umum macam keputusan mesyuarat PKR untuk pastikan kedudukan dia 'selamat' dalam PKR.

Ataupun ada kemungkinan jugak bukti-bukti yang dia ada tu tak cukup kuat untuk dikaitkan dengan Azmin sebagai peluru untuk berperang dengan Azmin.

Tambah-tambah dalam keadaan FreeMalaysiaToday dah mendedahkan 'rancangan untuk menjatuhkan Azmin' dan Azmin pulak nampaki macam tak tergugat dengan serangan kali ni.

Mungkin Rafizi fikir dia perlu kekal dikerusi Setiausaha Agung untuk 'misi perang' seterusnya yang akan datang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...