Bukti 'rasuah perempuan': Tak cukup sekadar Rafizi dedah dalam mesyuarat PKR. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 24, 2016

Bukti 'rasuah perempuan': Tak cukup sekadar Rafizi dedah dalam mesyuarat PKR.

Kalau betul Rafizi nak berperang dengan Azmin, Rafizi kena bentangkan bukti 'skandal habuan perempuan' tu kepada umum. Biar rakyat yang tentukan samada Azmin atau 'kartel' Azmin yang terlibat tu bersalah atau tidak.

Bernama dalam berita bertajuk "Bukti Dakwaan Rasuah Dalam Kerajaan Selangor Akan Diserah Kepada Presiden PKR - Rafizi" melaporkan:
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat PKR esok.

Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

"Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. - Bernama.
Kalau betul Rafizi nak berperang dengan Azmin Ali dan berhajat untuk menang, tak cukup kalau sekadar bentangkan bukti dakwaan rasuah tu dalam mesyuarat PKR.

Tambahan pula kalau bukti atau kesalahan tu melibatkan Azmin atau 'kartel' Azmin.

Pasainya ahli mesyuarat PKR tu kalaupun tak dipenuhi oleh 'kartel' Azmin tapi aku yakin dikuasai oleh 'kartel' Azmin. Senang sangat kut untuk Azmin dan 'kartel' Azmin untuk pastikan apa juga perancangan dan gerakan yang Rafizi buat tu gagal.

Macam tu jugak, tak cukup sekadar melaporkan kepada SPRM. Realitinya dah berapa banyak laporan dibuat kepada SPRM tapi senyap setakat tu sahaja.

Tambah-tambah kalau betul ada yang tuduh Azmin sebenarnya 'proksi' Umno BN dalam penbangkang. Dah barang tentu akan ada 'arahan dari atas' supaya SPRM tutup laporan yang Rafizi bakal buat tu.

Kalau betul Rafizi nak berperang dengan Azmin, Rafizi kena bentangkan bukti 'skandal habuan perempuan' tu kepada umum. Biar rakyat yang tentukan samada Azmin atau 'kartel' Azmin yang terlibat tu bersalah atau tidak.

Aku yakin Rafizi takdak masalah untuk dedahkan bukti tu walaupun mungkin melibatkan Akta Rahsia Rasmi. Dengan Najib dan kerajaan Malaysia pun Rafizi berani tanggung risiko takkan setakat Kerajaan Selangor Rafizi nak takut.

Kalau bukti yang Rafizi ada tu cukup kuat Azmin takkan boleh buat apa-apa dan dengan 'kuasa' akarumbi yang cukup kuat ada dalam PKR, Rafizi akhirnya boleh dapat kemenangan mutlak dalam perang dengan Azmin tu.

Itu pun kalau Rafizi ikhlas nak perjuangkan rakyat laa, tapi kalau Rafizi lebih berminat setakat nak perjuangkan PKR lagi elok Rafizi pi cium tangan Azmin, minta maaf dan lepas ni terus kipas bontot Azmin.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...