Aku tak boleh bayangkan kesan persepsi yang terpaksa Amanah tanggung kalau Mat Sabu calon PRK Sungai Besar dan gagal pulak dapat undi yang munasabah.
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar" melaporkan:
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.
Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.Aku sangat tak bersetuju kalau betul Amanah letak Mat Sabu sebagai calon PRK Sungai Besar. Letak Mat Sabu sebagai calon bagi aku macam Amanah memperjudikan nasib parti Amanah di tangan pengundi Sungai Besar.
Bagaimanapun, Khalid berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.
"Ya Mat Sabu antara nama calon tetapi selain dia kita juga namakan Salahuddin dan juga Nizar.
"Tetapi kita belum putuskan lagi sebab kita masih lagi membuat tinjauan (berkaitan calon) di Sungai Besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di Parlimen hari ini. - Ibid.
Dalam keadaan hampir pasti PAS akan letak calon dan berlaku pertandingan 3 penjuru kebarangkalian untuk calon Barisan Nasional untuk menang sangat tinggi..
Tambah-tambah dalam keadaan Pakatan Harapan yang semakin bercelaru, aku tak nampak langsung ada peluang untuk calon dari Amanah untuk menang PRK Sungai Besar ni.
Kalau keputusan PRU13 dijadikan rujukan, calon dari Amanah perlukan satu keajaiban untuk menang dan walaupun Dr. Mahathir katanya bersetuju untuk turun kempen di Sungai Besar aku tak nampak langsung Dr. Mahathir boleh cetus keajaiban tu.
Aku tak boleh bayangkan kesan persepsi yang terpaksa Amanah tanggung kalau Mat Sabu jadii calon PRK Sungai Besar dan gagal pulak dapat undi yang munasabah.
Dalam berita berkaitan Malaysiaini dalam berita bertajuk "Bubar AMANAH jika gagal raih 3,000 undi di 2 PRK" melaporkan:
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mencabar Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu supaya membubarkan parti itu jika mereka gagal menyerlah dalam pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini.Mungkin agak keterlaluan kalau aku setuju sampai minta Amanah dibubarkan tapi kalau Mat Sabu jadi calon dan dapat undi kurang dari 3,000 Mat Sabu yang patut letak jawatan Presiden Parti Amanah Negara.
Beliau membuat cabaran terbuka itu dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ramesh beliau melihat AMANAH begitu bernafsu mahu meletakkan calon pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Ini cabaran terbuka kepada pucuk pimpinan AMANAH!! Bubarkan parti AMANAH jika terima kurang 3,000 undi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis