Isu 'warkah Anwar dari penjara' vs 'whatsapp skandal habuan perempuan' cerminan perang dalaman PKR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 23, 2016

Isu 'warkah Anwar dari penjara' vs 'whatsapp skandal habuan perempuan' cerminan perang dalaman PKR

Pasai tu langsung tak menghairankan status 'skandal habuan perempuan' Rafizi dalam 'whatsapp dalaman' PKR tu boleh bocor dan kem 'kartel' Azmin gunakannya untuk menghentam Rafizi walaupun katanya whatsapp tu Rafizi hantar sebulan yang lalu.

Kredit imej: AntaraPos
Malaysiakini dalam berita bertajuk "MB nafi dakwaan minta perempuan, wang untuk urusan negeri" melaporkan:
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri sebagai fitnah.

Beliau juga berkata pentadbirannya berdepan fitnah “jijik”, “jahat”, “semberono” dan terancang bagi melemahkan semangat penjawat awam negeri.

“Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” katanya. - Mkini.
mStar pula dalam berita bertajuk "Dakwaan 'Minta Perempuan' Bertujuan Alih Perhatian Isu Surat Anwar" pula melaporkan:
Dakwaan oleh seorang pemimpin PKR bahawa kerajaan Selangor terlibat dalam rasuah telah dibuat untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang mencetuskan ribut dalam parti, dakwa Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - mStar.
Juga dilaporkan:
Mat Shuhaimi Shafiei berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor 'meminta wang dan perempuan' semasa rundingannya adalah untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Tidak menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR 'marah dengan salah seorang daripada pemimpin' yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.

"Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri," kata Mat Shuhaimi. - Ibid.
Sepatutnya bila timbul isu panas macam ni yang melibatkan pimpinan satu parti, Azmin dan Setiausaha Politik dia patut bagi laluan kepada Rafizi buat penjelasan terlebih dulu dan kalau tak puashati dengan penjelasan tu baru la sesuai kalau nak belasah Rafizi pun berdasarkan penjelasan Rafizi tu.

Rafizi buat penjelasan berkenaan isu panas tu macam dilaporkan Malaysiakini dalam berita bertajuk "Habuan seks, wang: Bukan wakil rakyat Selangor - Rafizi":
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam kenyataan.

Di samping itu, Rafizi turut mengesahkan membuat rujukan ke atas Timbalan Pengerusi PKR, Zuraida Kamaruddin atau digelar sebagai 'Kak Zu' dalam mesej yang dibocorkan itu.

Rujukan itu, ujarnya, adalah dalam nada dan niat yang baik kerana beliau pernah meluahkan kebimbangannya kepada Kak Zu yang juga Ketua Wanita PKR dalam WhatsApp lebih sebulan lalu.

Luahan tersebut adalah bertujuan memastikan pimpinan PKR lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salah laku yang membabitkan ahli terutamanya di peringkat bawah, katanya.

"Zuraida lebih rapat dengan akar umbi parti di Selangor dan pandangan saya diluahkan secara peribadi lebih sebulan lalu, oleh itu, rujukan kepada beliau tidak boleh disalah ertikan sebagai tuduhan kepadanya atau mana-mana pimpinan parti," jelas Rafizi lagi. - Ibid.
Dalam dua laporan berita tu nampak sangat Azmin ada masalah dengan Rafizi. Belum pun Rafizi buat penjelasan berkenaan whatsapp yang bocor tu Azmin Ali dan Setiausaha Politik dia Mat Suhaini Shafie terus serang Rafizi.

Kalau ikut khabar angin yang bertiup kencang sekarang ni, memang 'perang' dalam PKR sekarang ni semakin dahsyat antara kem 'kartel' Azmin dengan kem Wan Azizah yang termasuk dalamnya Rafizi.

Perang ni sebenarnya dah lama dah cumanya selama ni ibarat 'api dalam sekam' tapi jadi cukup panas sejak timbul 'warkah Anwar dari penjara' tu. Isi surat Anwar tu digunakan oleh penyokong Kem Wan Azizah untuk menghentam kem 'kartel' Azmin.

Pasai tu langsung tak menghairankan status 'skandal habuan perempuan' Rafizi dalam 'whatsapp dalaman' PKR tu boleh bocor dan kem 'kartel' Azmin gunakannya untuk menghentam Rafizi walaupun katanya whatsapp tu Rafizi hantar sebulan yang lalu.

Isu Azmin tandatangan watikah calon PRN Sarawak sebelum ni pun dah menghangatkan perang dalaman PRK tu. Akibat Azmin tandatangan watikah tambahan tu PKR dan DAP hampir berpatah arang di Sarawak.

Apapun, kalau ikut pemerhatian aku, kalau kem Wan Azizah sungguh-sungguh berperang kem 'kartel' Azmin yang akan menang. Kalau ada pemilihan dalam PKR dalam masa terdekat kem 'kartel' Azmin akan sapu bersih jawatan-jawatan dalam PKR.

Dengan kuasa 'dedak' yang Azmin ada sebagai Menteri besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR memang sepatutnya Azmin boleh 'menang bergaya' dalam perang dalaman PKR kali ni.

Malah tak mustahil PKR juga akan berpecah macam pepecahan dalam PAS sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...