Perang dalaman PKR: Kedudukan Rafizi 'selamat' setakat ini. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 25, 2016

Perang dalaman PKR: Kedudukan Rafizi 'selamat' setakat ini.

Dari kenyataan 'jurucakap' 'kartel' Azmin, nampak gayanya kedudukan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR selamat setakat ni. Mungkin 'kartel' Azmin tunggu masa yang lebih 'kondusif' untuk tindakan lebih akresif.

Rafizi-skandal-rasuah-wanita-PKR-Selangor
AstroAwani dalam berita bertajuk "'Tiada perpecahan dalam PKR' - Iskandar" melaporkan:
Tiada perpecahan dalam PKR, tegas Naib Presidennya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Saya tidak boleh komen berdasarkan spekulasi.

"Apa yang pasti, segala berkaitan jawatan dalam parti adalah di bawah bidang kuasa Presiden," jelas Shamsul. - AstroAwani.
Juga dilaporkan:
Ditanya mengenai bagaimana hubungan antara Rafizi dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Shamsul berkata tiada masalah antara mereka.

"Hubungan mereka mesra," jawabnya ringkas. - Ibid.
Dari kenyataan 'jurucakap' 'kartel' Azmin, nampak gayanya kedudukan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR selamat setakat ni. Mungkin 'kartel' Azmin tunggu masa yang lebih 'kondusif' untuk tindakan lebih akresif.

Semalam Malaysiakini dalam berita bertajuk "Untung nasib Rafizi dalam PKR ditentukan malam ini" melaporkan:
Semua mata akan tertumpu kepada susuk tubuh Rafizi Ramli berhubung kedudukan beliau selaku setiausaha agung PKR, ketika pucuk pimpinan parti itu akan duduk semeja dalam mesyuarat biro politiknya malam ini.

Suhu mesyuarat tersebut dijangka lebih 'panas' daripada kebiasaannya di tengah-tengah kemelut dan perselisihan antara pimpinan utama parti itu. - Mkini.
Dalam perkembangan berkaitan Malaysiakini dalam berita bertajuk "PKR arah Rafizi serah bukti 'rasuah wanita' pada SPRM" melaporkan:
PKR mengarahkan naib presidennya Rafizi Ramli menyerahkan bukti berkaitan dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu malam ini.

“Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Dalam kenyataannya lewat malam ini, Azizah berkata biro itu juga akan meneliti dakwaan itu dan anggotanya yang terlibat akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin. - Mkini.
Jugak dilaporkan:
Sementara itu, ditanya desas-desus Rafizi akan ditukar sebagai setiausaha agung, Azizah berkata ia tidak dibincangkan. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...