Cikgu Pa ingat pemimpin DAP suka khianat kawan macam PAS jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 01, 2015

Cikgu Pa ingat pemimpin DAP suka khianat kawan macam PAS jugak?

Bukan macam PAS yang khianat kawan, walaupun dalam mesyuarat bersama dah setuju pembahagian kerusi tapi bila hari penamaan calon muncul calon PAS di kerusi PKR yang bawa watikah yang ditandatangani oleh Presiden PAS sendiri

Semalam TheMalaysianInsider melaporkan:
PAS mempersoalkan mengapa DAP mahu bertanding di kerusi mereka di Selangor, seolah-olah tidak mempercayai sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan DAP itu memperlihatkan mereka tidak mempercayai rakan politiknya sendiri.

“Apa perlunya DAP ‘kacau’ kawasan yang PAS pernah tandingi? Adakah DAP tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri,” kata Mustafa dipercayai merujuk kepada Amanah yang seharusnya menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan. - TMI.
Nampak sangat Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dah termakan umpan DAP. Tara pemimpin veteran PAS macam Cikgu Pa pun dengan mudah boleh makan 'umpan' DAP, tak payah nak heran la kut kalau Presiden PAS sendiri boloeh termakan umpan Umno.

Hari ni, Malaysiakini mdalam laporan bertajuk "Tony: DAP tak akan 'tikam belakang' macam PAS" melaporkan:
DAP tidak akan 'menikam belakang' dalam Pakatan Harpan sepertimana yang dilakukan PAS yang meletakkan calon di kerusi Kota Damansara milik PKR pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan Umno menang, kata Pengerusi DAP Selagor Tony Pua.

Beliau berkata DAP akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) jika mereka ingin bertanding di lapan kerusi DUN yang menjadi kubu kuat PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pua berkata buat masa ini, sama ada DAP akhirnya akan bertanding lapan kerusi itu tidak penting, sebaliknya mahu memastikan jentera parti itu bergerak dan sedia memberi sokongan penuh kepada AMANAH jika parti Islam itu mahu bertanding di situ. - Mkini.
Aku rasa salah satu sebab Tony Pua kata DAP bercadang nak bertanding di 8 kerusi PAS tu pasai dia nak bagi rakyat Malaysia nampak jelas tara mana PAS sekarang ni sebenarnya. Sebelum ni dengan angkuh PAS bagitau akan bertanding di semua kerusi yang DAP menang, nak letak calon dari DHPP.

DAP sikit pun tak heran, cuma heran bila PJ PAS Perak kata nak bertanding semua Dun yang bermaksud bukan saja kerusi DAP tapi juga kerusi PKR tapi dalam masa yang sama PAS masih terhegeh-hegeh kata Pakatan Rakyat masih ujud antara PAS dan PKR.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Tujuan DAP terus terang. Kita ingin supaya kelapan-lapan kerusi di mana DAP mempunyai sedikit-sebanyak pengaruh akan dimenangi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.

"Bersama dengan kawasan DUN yang sedang dipegang oleh DAP, PKR dan Amanah, Pakatan Harapan akan berjaya menubuhkan kerajaan yang baru di Selangor dengan majoriti yang stabil.

"Sama sekali kita percaya, dalam mana-mana kerusi yang DAP bertanding, PKR dan Amanah juga akan memberikan sokongkan tidak berbelah bahagi kepada kita," kata Pua dalam ucapan konvensyen DAP Selangor hari ini. - Ibid.
Inilah bentuk kerjasama yang sebenar, bukannya macam PAS yang khianat kawan, walaupun dalam mesyuarat bersama dah setuju pembahagian kerusi tapi bila hari penamaan calon muncul calon PAS di kerusi PKR yang bawa watikah yang ditandatangani oleh Presiden PAS sendiri.

Yang lebih menarik lagi DAP bukan macam PAS yang cuma cakap saja tapi di DUN Taman Templer contohnya DAP siap lantik menyelaras Pusat Komuniti dan Khidmat DAP malah akan buat Majlis Makan Mengumpul Dana DUN untuk persiapan kerja-kerja nak tawan kerusi tu tak kira calon dari parti mana pun yang akan bertanding.

Apapun, PAS bkan takat khianat kawan dalam Pakatan Rakyat tapi dengan ahli dan pemimpin sendiri pun depa khianat, label dan fitnah macam-macam tanpa diberikan peluang untuk membela diri.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...