Hj Hadi ni buat lawak ka atau memang dah jadi BANGANG politik? (Video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 01, 2015

Hj Hadi ni buat lawak ka atau memang dah jadi BANGANG politik? (Video)

Dah berpuluh tahun kut jadi Adun dan Ahli Parlimen, 'menasihat' Umno BN dalam dewan dan pentas ceramah takkan tak kenal lagi Umno BN tu macamana. Pernah jugak ka Umno BN terima nasihat wakil rakyat pembangkang?

Hj Hadi nak jadi penasihat Kerajaan Umno BN.
Utusan melaporkan:
Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat. - Utusan
Juga dilaporkan:
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.

“Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama Pas anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini. - Ibid.
Sungguh, aku yakin bukan aku saja, tapi majoriti rakyat Malaysia yang celik politik semakin heran dengan aksi politik Presiden PAS ni.

Utusan juga melaporkan:
Abdul Hadi berkata, ke­pemim­pinan Pas akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pel­bagai isu terutama berkaitan GST dan kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Kita ada cadangan agar kerajaan hapuskan GST kerana ia menyusahkan rakyat dan akan menyebabkan berlaku inflasi. Kita akan bincang bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini.

“Contohnya, dalam Islam, orang kaya saja dikenakan cukai, orang miskin tak kena. Begitu juga orang Islam saja dikenakan bayar zakat manakala bukan Islam kena bayar cukai,” jelasnya. - Idib.
Tak heran macamana, kenyataan Hj Hadi tu nampak macam orang baru berpolitik dan tak pernah kenal Umno BN sedangkan Hj Hadi dah berpolitik berpuluh tahun dan hampir keseluruhan masa politik Hj Hadi adalah melawan Umno BN.

Dah berpuluh tahun kut jadi Adun dan Ahli Parlimen, 'menasihat' Umno BN dalam dewan dan pentas ceramah takkan tak kenal lagi Umno BN tu macamana. Pernah jugak ka Umno BN terima nasihat wakil rakyat pembangkang?

Tambah-tambah pelik aku bila Hj Hadi keluarkan statement macam kat bawah ni
Dalam sidang akhbar selepas itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya segala teguran serta nasihat kepada kerajaan tidak memberi sebarang kesan, Pas tiada pilihan me­lainkan terpaksa mengambil alih pemerintahan.

“Perjuangan kita untuk me­ngubah keadaan dan bukan be­rebut jadi pemimpin. Tetapi kalau tidak berubah juga, menjadi tanggungjawab kita untuk tukar kerajaan.

“Kita akan jadi pembangkang yang boleh menasihat dan kita bukan jadi pelahap nak rebut jawatan,” ujarnya. - Ibid.
Takkan sampai macam tu sekali punya naif pandangan politik Presiden PAS ni.

Aku teringat ayat yang selalu Ust Ismail Kamus guna masa dia aktif politik dalam PAS satu ketika dulu "Kita bukan gila kuasa tapi kita nak ambil kuasa dari orang gila".

Kalau Ust Ismail Kamus yang tak berapa aktif politik pun boleh nampak betapa 'gila'nya Umno BN takkan ahli politik veteran macam Hj Hadi masih tak nampak-nampak jugak.

Takkan kut pandangan Hj Hadi dah jadi sangat kelabu, dah tak nampak Umno BN jahat pasai terlalu bencikan DAP kut.

Utusan juga melaporkan:
Malah, pada masa sama, parti berkenaan dengan sinis turut menyindir DAP dengan Kabinet ba­yangannya sambil menyifatkan tindakan bekas parti sekutunya itu sebagai syok sendiri sekiranya mereka berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14). - Ibid.
Tapi kalau dah keluarkan ayat macam percaya DAP ada peluang sungguh untuk memerintah Malaysia selepas PRU14 aku tak pasti Hj Hadi sebenarnya saja nak buat lawak bangang ataupun memang BANGANG politik sungguh-sungguh.

BTW, kut-kut ada yang tersenyum sini pasai aku quote berita dari Utusan, hangpa boleh baca berita versi SinarHarian yang bertajuk "Pas sedia hantar pasukan khas beri nasihat Umno".

Buletinonline media rasmi PAS Terengganu pun ada ulas pasai ni tapi tulis sikit saja. tapi depa bubuh video macam kat bawah ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...