Aku pun tak pasti sampai tara mana pemimpin DAP sanggup bersabar dan bertahan dengan karenah Azmin ni demi untuk menyelamatkan Kerajaan Selangor dari tumbang.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Seorang perwakilan DAP mencadangkan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri.
Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.
"Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut," katanya semasa sesi bahas dalam Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya hari ini. - TMI.
Juga dilaporkan:
Chiong bagaimanapun berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera. - Idib.Nampaknya, ahli dan penyokong DAP makin tak tahan dengan sikap Azmin yang masih lagi nak berpeluk dengan PAS walaupun hasil rundingan meja bulat Amanah DAP dan PKR dah pun memutuskan yang Pakatan Rakyat dah berkubur dan digantikan dengan Pakatan Harapan tanpa PAS.
Kenyataan secara terbuka dari Pengerusi DAP Kajang Baru di Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya tak sepatutnya DAP pandang ringan kerana kemungkinan besar suara tu mewakili suara majoriti akarumbi dalam DAP.
Aku pun tak pasti sampai tara mana pemimpin DAP sanggup bersabar dan bertahan dengan karenah Azmin ni demi untuk menyelamatkan Kerajaan Selangor dari tumbang.
Dalam berita lain TheMalaysianInsider melaporkan:
Keputusan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diambil selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) berkubur, kata Tony Pua.Apa pun, setakat ni gesaan supaya Azmin pecat wakil PAS tu cuma dari sorang perwakilan, tapi kalau gesaan tu sampai jadi resolusi konvension DAP Selangor, DAP Pusat mungkin takdak pilihan terpaksa bersama desak Azmin pecat PAS dari kerajaan Negeri Selangor.
Pengerusi DAP Selangor itu berkata, partinya terus kekal dalam kerajaan negeri yang dibentuk semasa PR masih wujud dahulu kerana tidak mahu menimbulkan lagi pergolakan politik di negeri terkaya itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar.
"Sebab itu, DAP terus berada dalam sebuah kerajaan gabungan 'ad-hoc' dan DAP akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan. - TMI.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis