Bukti lemah yang menafikan fitnah Husam kata Hj Hadi usahakan UG Umno PAS di Selangor 2014 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 06, 2015

Bukti lemah yang menafikan fitnah Husam kata Hj Hadi usahakan UG Umno PAS di Selangor 2014

Pada aku bukti macam ni tak kukuh pasai status dia sama macam dakwaan Husam, cuma kenyataan satu pihak tanpa bukti dan saksi.

Semalam Malaysiakini melaporkan:
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Walaupun ADUN Salor yang masih kekal bersama PAS itu tidak menyatakan tempoh masa berkenaan, namun dipercayai beliau merujuk semasa Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.

"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.

"Dia mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Presiden akui jika mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," katanya dalam loghat Kelantan.

Husam berkata demikian dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas. - Ibid.
Dalam media sosial kalut penyokong Geng Ostad menafikan berita tu dan ada yang siap bagi bukti macam kat bawah ni.
KENYATAAN MEDIA RINGKAS
MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014 - facebook
Pada aku bukti macam ni tak kukuh pasai status dia sama macam dakwaan Husam, cuma kenyataan satu pihak tanpa bukti dan saksi.

Dan kenyataan media Dr. Samsuri tu sebagai menjawab laporan The Malaysian Insider yang tulis secara hampir terpeinci perjalanan mesyuarat PAS Pusat yang bocor berkenaan isu tu dalam berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat".
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Berita setahun lepas tu selari dengan apa yang Husam kata dalam ceramah dia ytang aku ada embed dalam posting semalam bertajk "Kalau macam ni isi ceramah Husam memang Amanah boleh dapat 50% ahli PAS Kelantan (video)".

Macam tu jugak 'bukti' yang keluar hari ni yang dikatakan Azmin sendiri menafikan tawaran MB Selangor oleh Hj Hadi tu.

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak tahu tentang wujudnya usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno di negeri itu.

Selain itu, Azmin berkata, beliau juga tidak mencampuri urusan parti lain.

"Saya tak campurlah. Itu politik parti lain.

"Saya tak tahu... Saya tidak tahu-menahu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam.

Ditanya lagi mengenai kenyataan Husam itu, timbalan presiden PKR itu berkata:

“Kena tanya Datuk Husamlah. Saya tidak tahu. Saya tidak didedahkan kepada maklumat itu. Jadi, kamu kena tanya Datuk Husam," katanya. - Mkini.
Kalau tengok ke cara Azmin jawab soalan wartawan tu nampak sangat yang Azmin sebenarnya bukan menafikan saha perpaduan PAS Umno di Selangor tu tapi lebih kepada nak mengelak dari soalan wartawan. Kalau betul dia tak tau tentu dia akan komen dengan lebih lanjut dan terpeinci dan tak perlu dia nak srh tanya balik kat Husam.

Pada aku cukup mudah untuk selesaikan isu ni. Hsam perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti dengan membenarkan Husam bawak saksi. Aku yakin ramai bekas AJK PAS Pusat yang sekarang ni bersama parti Amanah sanggup jadi saksi mengiyakan apa yang Husam cakap tu.

Ataupn, nak bagi lagi 'grand' buat sat majlis mubahalah antara Hsam dengan Hj Hadi dan ak sangat-sangat yakin Husam takdak masalah untuk bermubahalah kalau Hj Hadi pun setuju dan aku sangat-sangat yakin Geng Ostad akan keluarkan berbagai alasan dan 'dalil' ntk menggagalkan majlis mubahalah tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...