Kalau macam ni isi ceramah Husam memang Amanah boleh dapat 50% ahli PAS Kelantan (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 06, 2015

Kalau macam ni isi ceramah Husam memang Amanah boleh dapat 50% ahli PAS Kelantan (video)

Aku cukup yakin kalau Hj Husam buat roadshow ke seluruh Kelantan dengan ucapan macam video kat bawah ni termasuk membelasah Hj Hadi siap dengan bukti, memang ramai ahli PAS di Kelantan yang sanggup tinggalkan PAS dan bersama dengan Amanah. 

ThealMaysianInsider melaporkan:
Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu. - TMI.
Bila baca laporan TMI ni aku sebenarnya tak berapa nak percaya. Angka 50% tu pada aku sangat besar dan nampak tak berapa nak logik, tambah-tabah di Kelantan, negeri yang PAS adalah kerajaan.

Kalau penyokong PAS aku percaya parti Amanah boleh tarik lebih 50% malah macam aku pernah tulis sebelum ni, parti Amanah mungkin boleh tarik penyokong PAS sehingga.

Tapi dengan perkembangan terbaru di Kelantan, memang tak mustahil parti Amanah boleh tarik sokongan ahli PAS melebihi 50%.

Dengan rumah mangsa banjir masih belum siap sepenuhnya, ditambah pulak dengan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan bayar caruman kakitangan Yayasan Islam Kelantan kepada agensi tertentu walaupun wang gaji dipotong tiba-tiba Dun Kelantan luluskan kenaikan gaji MB, TMB, Exco dan Adun Kelantan hapir 50%, memang tak hairan kalau ahli PAS marah dan beralih sokong Amanah.

Ditambah pulak dengan 'aksi' Presiden PAS dan JKK PAS Pusat yang dilihat semakin 'mesra' Umno terutama sekali bila sampai berpelukan dengan Ibrahim Ali dan yang terbaru bersedia bekerjasama dengan Umno BN memang tak mustahil angka 50% tu boleh dicapai.

Ditambah pulak dengan sikap Hj Husam Musa bekas Exco kanan kerajaan Kelantan yang juga anak didik Allahyarham TG Nik Aziz mmerangkap bekas Naib Presiden PAS yang semakin vokal mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan aku yakin semakin ramai ahli PAS yang semakin ragu malah mungkin meluat dengan PAS.

Aku cukup yakin kalau Hj Husam buat roadshow ke seluruh Kelantan dengan ucapan macam video kat bawah ni termasuk membelasah Hj Hadi siap dengan bukti, memang ramai ahli PAS di Kelantan yang sanggup tinggalkan PAS dan bersama dengan Amanah.


Sedutan Rakaman Ceramah Isu Semasa; di Pasar Kedai Mulong.

Aku yakin berlambak lagi rahsia kerajaan PAS Kelantan dan PAS sendiri yang ada dalam poket Hj Husam yang kalau dia cerita semuanya boleh buat majoriti ahli PAS Kelantan meluat dengan PAS.

Apapun, kalau Ilham Center kata sekarang ni dah 50% ahli PAS sokong Amanah aku memang tak percaya tapi kalau Husam buat roadshow seluruh Kelantan lepas tu istihar masuk Amanah meang tak mustahil angka 50% tu boleh tercapai.

Cuma persoalannya sekarang ni, aku nampak macam Hj Husam tak bersedia untuk keluar PAS dan menyertai Amanah, mungkin kut dia rasa sangat terikat dengan bai'ah yang dia buat depan Allahyarham TG Nik Aziz sebelu PRU13 yang lepas.

Kecuali la kalau dengan sikap dan tindakan Husam lepas ni PAS sendiri dah tak boleh tahan dan ambil tindakan pecat keahlian Hj Husam, masa tu Husam memang takdak pilihan lain kut elainkan menyertai Amanah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...