MB Terengganu nak uji keikhlasan Presiden PAS nak jadi penasihat BN? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 06, 2015

MB Terengganu nak uji keikhlasan Presiden PAS nak jadi penasihat BN?

Lebih tepat kalau Razif tawarkan jawatan tu kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ust Saiful Bahari Mamat. Pasainya Presiden PAS lebih layak jadi penasihat di peringkat pusat, untuk penasihat peringkat negeri tu biar pemimpin PAS peringkat negeri saja yang jadi penasihat.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan" melaporkan:
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.

“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.

“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).

“Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata - Mkini.
Nampaknya isu 'PAS penasihat Umno' ni jadi semakin menarik. Nampak macam penyatuan PAS dan Umno dah makin dekat.

Kalau sebelum ni Presiden PAS tawarkan sepasukan dari PAS untuk jadi pemasihat kepada kerajaan pusat pimpinan Najib Razak tapi hari ni kerajaan negeri Terengganu pimpinan Razif terlebih dahulu tawarkan Hj Hadi sebagai penasihat Kerajaan BN tu.

Menarik jugak nak tengok apa reaksi Hj Hadi dengan tawaran MB Terengganu tu. Kalau Hj Hadi memang betul ikhlas nak menasihat tak dah sebab kut untuk dia tolak tawaran tu.

Pada aku lebih tepat kalau Razif tawarkan jawatan penasihat tu kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ust Saiful Bahari Mamat. Pasainya Presiden PAS lebih layak jadi penasihat di peringkat pusat, untuk penasihat peringkat negeri tu biar pemimpin PAS peringkat negeri saja yang jadi penasihat.

Apapun, aku rasa MB Terengganu sebenarnya tak berapa nak ikhlas dengan tawaran tu, aku nampak tawaran tu lebih kepada nak menguji keikhlasan Hj Hadi nak bekerjasama dengan Umno saja.

Ataupun dari sudut lain, kenyataan dari MB Terengganu ni bagi macam bagi petunjuk yang memang ada usaha yang dah lama oleh PAS untuk bekerjasama dengan Umno bila Razif dilaporkan berkata:
Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang. Beliau beri beberapa pandangan positif."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...