Walaupun dah lebih 15 tahun masih ada pemimpin PAS tak faham konsep UG idea Hj Hadi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 07, 2015

Walaupun dah lebih 15 tahun masih ada pemimpin PAS tak faham konsep UG idea Hj Hadi?

Idea 'PAS sebagai penasihat Kerajaan' ni adalah strategi baru pelobi kesatuan Umno PAS, kesinanbungan kepada idea gagasan konsep UG tu tapi masih ditolak walaupun 'setandan' pemimpin PAS anti UG dah berjaya disingkirkan.

Malaysiakini melaporkan:
Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.

“Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam. - Mkini.
Harakahdaily plak melaporkan:
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno iaitu sebuah parti yang semakin ditolak rakyat. - Hrkh.
Dalam berita lain Harakahdaily juga melaporkan:
PAS Pahang menegaskan tiada kerjasama politik antara PAS dan Umno seperti sebahagian daripada tuduhan liar yang menuduh PAS dan Umno akan bergabung di dalam PRU14 yang akan datang. Semua tuduhan itu adalah bersifat fitnah politik yang cuba untuk memburukkan PAS dalam kalangan pengundi Melayu di kalamana rakyat telah semakin hilang keyakinan kepada Umno.

PAS tidak pernah melupakan segala bentuk tindakan yang pernah dilakukan oleh Umno terhadap PAS demi kepentingan politik mereka seperti Peristiwa Memali, Operasi Lalang dan berbagai bentuk serangan fitnah terhadap PAS sama ada melalui media ataupun secara langsung, PAS tidak pernah melupakan walau sedetik pun segala bentuk angkara Umno terhadap PAS. - Hrkh.
Nampaknya idea gagasan konsep Kerajaan Perpaduan atau lebih popular dengan istilah UG yang digagaskan oleh Hj Hadi masih lagi tak difahami dan diterima oleh ramai orang PAS termasuk pimpinan utama PAS.

Walaupun Mesyarat PAS Pusat pada Jun 2009 dah buat keputsan supaya tutup buku pasai UG ni aku sangat-sangat yakin masih ada pimpinan utama PAS yang terus berusaha untuk menjayakan idea UG ni dengan strategi baru.

Utusan pada 28 Oktober 2009 melaporkan:
Ditanya sama ada Pas masih berminat meneruskan kerjasama membentuk kerajaan perpaduan itu pada masa depan, Abdul Hadi menjawab:

"Masa depan kita tak tahu lagi, itu dalam ilmu Tuhan." - Utusan.
Dalam satu wawancara dengan Harakah dilaporkan:
HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik. - Blog Presiden PAS.
Sefaham aku idea UG ni sebenarnya adalah untuk menyatukan orang melayu Islam di Malaysia dalam politik atau secara mudahnya menyatukan antara PAS dan Umno.

Jadinya aku nampak idea 'PAS sebagai penasihat Kerajaan' ni adalah strategi baru pelobi kesatuan Umno PAS, kesinanbungan kepada idea gagasan konsep UG tu.

Walaupun 'setandan' pemimpin PAS yang dilihat anti UG dah berjaya disingkirkan masa pemilihan PAS lepas nampaknya usaha untuk menjayakan kerjasama PAS Umno ni masih mendapat tentangan hebat beberapa pimpinan utama PAS.

Dengan keadaan yang nampaknya masih belum kondsif hampir pasti kut strategi depa yang baru ni pun akan gagal jugak dan aku yakin depa takkan berputus asa dan akan merancang strategi baru ntuk menjayakan konsep UG ataupn perpaduan PAS dan Umno tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...