Pengistiharan harta: Azmin lebih kaya berbanding Rafizi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 11, 2015

Pengistiharan harta: Azmin lebih kaya berbanding Rafizi?

Nampaknya 'umpan' Rafizi mengena, hari ni Azmin pulak umum akan istihar harta. Aku memang teringin sangat nak tengok berapa harta Azmin terutama sekali dalam tempoh sejak dia keluar Umno sehingga dia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber imej: Cybertroopers Umno
Sinarharian melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengesahkan akan mengisytiharkan hartanya seperti yang dilakukan naib presidennya, Rafizi Ramli.

Mengakui masih belum mengisytiharkan harta sejak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat. - Sinarharian.
Aku nampak tindakan Rafizi yang semalam mengistiharkan harta sebagai serampang dua mata. Selain dari nak tala ke Najib dan pemimpin Umno BN tapi serampang tu juga dia tala kepada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk PKR terutama sekali Azmin Ali.

Dalam pemilihan PKR sebelum ni,, Rafizi bersama Nurul Izzah bergabung dengan Saifuddin yang bertanding mencabar Azmin dijawatan Timbalan Presiden PKR.

Nampaknya 'umpan' Rafizi mengena, hari ni Azmin pulak umum akan istihar harta dalam masa terdekat.

Sebelum ni aku menjangkakan yang Azmin takkan berani mengistiharkan harta kepada umum atas andaian Azmin sebenarnya tidak 'bersih' terutama ketika dia dalam Umno dan berjawatan Setiausaha Sulit TPM.

Apa pun aku memang teringin sangat nak tengok berapa harta Azmin terutama sekali dalam tempoh sejak dia keluar Umno sehingga dia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Sebelum ni pun ramai mempertika tahap kekayaan Azmin ni terutama cybertroopers Umno BN

Adakah harta dia lebih besar dari harta Rafizi yang berjumlah lebih RM1.9juta. Harap-harap Azmin istihar harta ikut format Rafizi ni.



Download (PDF, 596KB)

Bab pengistiharan harta ni aku ada sikit mushkil, memang harta isteri tak perlu diistiharkan sama ka macam yang bakas pengistiharan harta Ketua Pemuda PAS pernah buat pada tahun 2012 dulu...

Harap-harap lepas ni kita boleh tengok harta Lim Guan Eng pulak dan lagi menarik kalau kita boleh tengok sama harta TG Hj Hadi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...