Majlis syura 'paksa' TG Hj Hadi terus pertahankan jawatan Presiden PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 11, 2015

Majlis syura 'paksa' TG Hj Hadi terus pertahankan jawatan Presiden PAS?

Ada khabar angin yang kata mesyuarat tu berlangsung tanpa kehadiran TG Hj Hadi. Kalau betul khabar angin tu tak salah kut kalau aku kata TG Hj Hadi 'dipaksa' untuk terus pertahankan jawatan Presiden.

Harakahdaily hari ni melaporkan:
Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulan suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.

Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. -Ibid.
Ada khabar angin yang kata mesyuarat tu berlangsung tanpa kehadiran TG Hj Hadi yang masih diluar negara. Kalau betul khabar angin tu tak salah kut kalau aku kata TG Hj Hadi 'dipaksa' untuk terus pertahankan jawatan Presiden.

Dalam parti tengah kalu dengan proses pemilihan pimpinan untuk sessi baru nampaknya Majlis Syura macam tak bagi pilihan kepada TG Hj Hadi selain dari mempertahankan jawatan dia sediada.

Terkuburlah hasrat sebahagian ahli dan penyokong PAS yang berharap sangat agar TG Hj Hadi melepaskan jawatan Presiden PAS dan 'dinaikkan' pangkat ke jawatan Mursyidil Am, jawatan tertinggi dalam parti.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...