Azmin MB Selangor nak istihar harta? Jangan nak mimpi la | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 06, 2015

Azmin MB Selangor nak istihar harta? Jangan nak mimpi la

Lagi pun, Azmin tak perlu susah hati bab isu istihar harta ni pasai setakat ni berani dan sanggup istihar harta cuma pemimpin Dewan Pemuda PAS dan Rafizi. Anwar Ibrahim pun tak pernah istihar harta.


Malaysiakini melaporkan:
Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengisytiharkan hartanya seperti yang disaran Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Dalam kenyataannya, Penyelaras SAMM Khairoll Anuar Almegat berkata pihaknya tertanya-tanya mengapa Azmin yang masih lagi berdiam diri berhubung saranan itu. - Mkini
Juga dilaporkan:
Sedangkan, katanya, pemimpin seperti MP Pandan dan Pokok Sena, Rafizi Ramli dan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang sedia berbuat demikian.

"Sebagai seorang wakil rakyat apatah lagi sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikatakan telus, Datuk Menteri Besar perlu berani untuk tampil mengisytiharkan harta beliau dan isterinya, malah beliau juga perlu mensyaratkan setiap anggota exco, wakil rakyat dan ahli majlis PBT di Selangor membuat tindakan serupa," katanya.

Sebelum ini, Syed Ali kesal kerana ada pihak terus mempertikaikankekayaan keluarga perdana menteri mencabar pemimpin Pakatan mengisytiharkan harta dan beliau mendakwa Azmin dan isterinya "memiliki aset yang meragukan". - Ibid.
Tak payah nak berangan la kut Azmin nak berani istihar harta pasai aku yakin Azmin ni tak 'bersih' terutama sekali bab harta kekayaan yang dia himpun masa jadi orang Anwar masa dalam Umno.

Persepsi negatif aku kat Azmin ni masa awal-awal zaman reformasi dulu. Walaupun aku bukan penyokong reformasi tapi tarikan aksi demonstrasi tak dapat aku tolak. Masa tu pun dah mula timbul cerita negatif pasai Azmin.

Dari pemerhatian aku dan ditambah dengan cerita rekod dia masa dalam Umno dan carita kerja buat dia masa zaman reformasi sampai ke hari ni yang aku dapat dari kawan-kawan PKR sendiri, aku langsung tak yakin Azmin bersih dari kerja 'songlap duit'.

Senang ceritanya, selama ni aku tak berapa nak yakin dengan PKR ni antara faktor utamanya pasai dalam PKR ada Azmin, petang jawatan Timbalan Presiden pulak tu.

Lagi pun, Azmin tak perlu susah hati bab isu istihar harta ni pasai setakat ni berani dan sanggup istihar harta cuma pemimpin Dewan Pemuda PAS dan Rafizi.

Anwar Ibrahim pun tak pernah istihar harta.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...