Betul ka berita ni yang kata Salahuddin Ayub kempen tukar Presiden PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 15, 2015

Betul ka berita ni yang kata Salahuddin Ayub kempen tukar Presiden PAS?

Kalau berita kempen tukar Hj Hadi ni tak betul aku harap ada penafian segera dari Hj Salahuddin tapi kalau berita ni benar, memang betul Hj Salahuddin ada kata macam tu kat wartawan mStar yang menghubungi dia, ini satu perkembangan yang menarik.

mStar kemarin dulu melaporkan:
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.

Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka. - mStar.
Baca berita ni aku tak berapa nak percaya. Betul ka Naib Presiden PAS Hj Salahuddin Ayub ada kata macam tu. Pasainya setahu aku Naib Presidsen PAS ni jenis 'playsafe' payah nak keluar perkara kontroversi dari mulut dia.

Tapi kalau tak betul takkan mStar seberani tu keluarkan berita macam tu melaporkan terus perbualan dengan Hj Salahuddin Ayub. Ayat bunyi kempen melobi pulak tu

mStar juga melaporkan:
"Perubahan pucuk pimpinan (menukar presiden) tidak harus menggambarkan ketidakpercayaan kepada parti dan kepimpinan, ia perlu dilihat secara positif.

"Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin PAS yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatan presiden bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti Islam itu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perubahan pucuk pimpinan akan menjadi perkara biasa dan biarpun ia harus bermula dengan salah tanggap dan tafsiran daripada sesetengah pihak. - Ibid.
Kalau berita kempen tukar Hj Hadi ni tak betul aku harap ada penafian segera dari Hj Salahuddin tapi kalau berita ni benar, memang betul Hj Salahuddin ada kata macam tu kat wartawan mStar yang menghubungi dia, ini satu perkembangan yang menarik.

Kalau pemimpin macam Salahuddin Ayub pun sokong Presiden ditukar, siap buat kempen secara terbuka dalam media macam tu tentu ada 'sesuatu yang besar'.

Sebelum ni aku dah ulas berkenaan keputusan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Tinggi dan PAS Kawasan Pontian, dua kawasan dari negeri Johor, negeri kelahiran Hj Salahuddin Ayub yang juga tak mencalonkan TG Hj Hadi untuk jawatan Presiden PAS selepas dimulai oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Aku juga dah ulas sebelum tu kenyataan Dr. Haron Din Mursyidul Am PAS yang baru dilantik keluarkan kenyataan minta ahli kekalkan TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...