Bab ni aku respek TG Hj Hadi tak macam Mursyidul Am... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 14, 2015

Bab ni aku respek TG Hj Hadi tak macam Mursyidul Am...

Nampak sangat-sangat tidak profesional bila pemegang jawatan Mursyidul Am jawatan tertinggi dalam PAS tiba-tiba boleh secara terbuka seolah-olah 'jadi tukang lobi' pulak untuk sorang bakal calon jawatan Presiden. 

MalaysianInsider melaporkan:
Datuk Seri Abdul hadi Awang hari ini secara terbuka mengakui tidak kisah jika kedudukannya sebagai presiden PAS dicabar dan berkata ia sememangnya dibenarkan dalam perlembagaan parti Islam itu.

"Itu kena ikut kepada perlembagaan kitalah, kalau ikut perlembagaan kita pilih dua tahun sekali," katanya kepada pemberita di depan lobi Parlimen. - TMI.
Bab ni aku respek Presiden yang menghormati Perlembagaan PAS yang menggunapakai kaedah demokrasi yang dah digariskan dengan jelas di dalam Perlembagaan PAS tu. Nampak begitu profesional.

Malaysiakini pula melaporkan:
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menerima pesaing untuk jawatan presiden PAS yang disandangnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya wartawan jika jawatan itu boleh dicabar dalam pemilihan PAS, Jun ini. - Mkini.

"Boleh dicabar? Boleh..." kata Hadi sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu.

Hadi bagaimanapun sebelum itu tidak memberikan sebarang pengesahan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya itu.

"Itu kena tanya ahli masa perhimpunan agung nanti," kata Hadi merujuk kepada muktamar PAS pada 4 hingga 6 Jun nanti.
Berbeza dengan Mursyidul AM PAS yang baru Dr. Haron Din yang nampak tak profesional bila secara terbuka 'melobi' TG Hj Hadi dikekalkan sebagai Presiden PAS.

Sinarharian melaporkan:
“Belum masa untuk Pas menukar presiden,” demikian kenyataan pertama Mursyidul Am Pas yang baharu dilantik, Datuk Dr Haron Din.

Menurutnya, secara peribadi, beliau merasakan ahli Pas perlu taat kepada presiden sedia ada, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli Pas rasa belum perlu tukar presiden.

“Pas Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya, setiap cawangan Pas mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti.

“Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden? - Sinarharian.
Nampak sangat tidak profesional dan sangat-sangat tak sesuai bila pemegang jawatan Mursyidul Am jawatan tertinggi dalam PAS tiba-tiba boleh secara terbuka seolah-olah 'jadi tukang lobi' pulak untuk sorang bakal calon jawatan Presiden.

Satu tindakan yang setakat pengetahuan aku Mursyidul Am PAS sebelum ni, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tak pernah buat, Bukan kata jawatan Presiden, lain-lain jawatan termasuk jawatan Timbalan Presiden pun Tok Guru Nik Aziz tak pernah jadi tukang kempen.

Kerja lobi melobi ni biar standard penyokong tahap ahli biasa saja macam aku sudah la yang buat...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...