Takkan beraninya Husam nak 'menentang' TG Hj Hadi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 14, 2015

Takkan beraninya Husam nak 'menentang' TG Hj Hadi...

Masalahnya aku langsung tak rasa Hj Husam akan terima pencalonan untuk 'menentang' TG Hj Hadi. Kecuali la kut kalau dia dapat pencalonan yang betul-betul banyak dari Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kaawasan.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi The Malaysian Insider. - TMI.
Juga dilaporkan:
Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan.

Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden.

Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu. - Ibid.
Nampaknya ahli dan kepimpinan PAS di peringkat akar umbi di 2 kawasan ni macam tak peduli nasihat Mursyidul Am yang baru dilantik minggu lepas yang 'nasihat' ahli PAS supaya kekalkan TG Hj Hadi sebagai Presiden.

Kalau PAS Kawasan Parit Sulong dan Kota tinggi pun berani untuk 'menongkah arus' tak mustahil lepas ni akan ada banyak lagi kawasan PAS yang akan berani ambil pendirian untuk tidak mencalonkan semula TG Hj Hadi untuk jawatan Presiden PAS.

Yang menariknya, TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada The Malaysian Insider.

Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan.

"Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi. - Ibid.
Masalahnya aku langsung tak rasa Hj Husam akan terima pencalonan untuk 'menentang' TG Hj Hadi dan sebelum ni pun dia dah kata yang TG Hj Hadi 10 kali lebih baik dari dia.

Kecuali la kut kalau Hj Husam dapat pencalonan yang betul-betul banyak dari Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...