Dr. Mahathir mungkin akan gagal jadikan nasib PM Najib macam PakLah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 15, 2015

Dr. Mahathir mungkin akan gagal jadikan nasib PM Najib macam PakLah?

Kalau masa nak jatuhkan PakLah dulu jentera Palatan Rakyat 'solid' sama-sama serang PakLah tapi sekarang ni Pakatan Rakyat lebih banyak habis masa serang sesama sendiri.


Harakahdaily melaporkan:
JIKA dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB. - Hrkh.


Memang nampak sangat Dr. Mahathir bersungguh-sungguh buat keeja untuk paksa Najib berundur dari kerusi Perdana Menteri.

Macam masa PakLah jadi PM dulu, gerakan yang Dr. Mahathir buat masa tu akhinya berjaya buat PakLah terpaksa lerak jawatan Perdana Menteri.

Ada yang kata Dr. Mahathir buat gerakan tu untuk pastikan laluan politik untuk Mukhriz terbentang mudah.

Aku memang bersetuju dengan andaian tu tapi bagi aku, turunkan Najib secepat mungkin yang dilihat terlalu banyak masalah tu lebih penting bagi Dr. Mahathir untuk pastikan Umno BN terus nampak 'kekal relevan' di mata majoriti rakyat Malaysia dan terus menang pilihanraya akan datang.

Adakah Dr. Mahathir akan berjaya lagi kali ni?

Aku tak rasa Dr. Mahathir akan menang mudah kali ni macam dia jatuhkan PakLah.

FreeMalaysiaToday pula melaporkan:
It’s to be expected that even the famously quiet Najib Razak could take only so much abuse before striking back.

When backed into a corner, even a mouse would try to attack a snake, and Najib has been driven so far back that his only options are to fight or to die.

It’s clear now that Najib realizes he cannot continue without dealing with the roadblock that is former prime minister Mahathir Mohamad, who has been criticizing his administration for its excesses, especially the controversial wealth fund, 1MDB. -FMT.


Harus diingat yang Najib tak selemah PakLah. Kalau betul Altantuya dibunuh demi nak jaga maruah Najib, tentu punya Najib dan orang-orang disekeliling dia akan sanggub buat lebih dari tu untuk pastikan dia terus berkuasa.

FMT juga melaporkan:
It seems that Mahathir’s most recent blog post denouncing the 1MDB was the last straw that broke the camel’s back. The site went down due to what has been described as unusually high traffic. This sounds incredibly similar to a Distributed Denial of Service (DDOS) attack, a favourite tool of hacker collective Anonymous to render its target website unavailable for a period of time.


Satu lagi yang berbeza dengan masa Dr. Mahathir berjaya gulingkan PakLah tahun 2009 dulu, masa tu Pakatan Rakyat cukup kukuh selepas kalah tipis PRU 2008. Tapi sekarang ni Pakatan Rakyat pun sama teruk bergolak.

Kalau masa nak jatuhkan PakLah dulu jentera Palatan Rakyat 'solid' sama-sama serang PakLah tapi sekarang ni Pakatan Rakyat lebih banyak habis masa serang sesama sendiri.

Cuma lebihnya kali ni Najib ada Rosmah yang dilihat cukup bagi beban untut persepsi Najib berbandiang isteri PakLah, cumanya 'kelebihan' PakLah tu dirobek pulak oleh menantunya Khairy.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...