Fatwa SIS sesat: PAS keliru nak beraksi sebagai parti politik atau badan dakwah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 09, 2014

Fatwa SIS sesat: PAS keliru nak beraksi sebagai parti politik atau badan dakwah?

Kecuali la kalau para ustaz dalam PAS hanya pandai menghukum tapi lemah dalam nak berdialog atau berdebat dengan golongan yang dianggap pluralisme dan liberalisme macam Sisters In Islam tu.

Malaysiakini dalam artikel bertajuk "Apa PAS boleh pelajari dari fatwa ke atas SIS?" ada menyebut:
"PAS sudah tersasar dan sesat!"

Itulah antara tanggapan mudah bagi sesetengah orang PAS dan rakyat Malaysia berstatus Melayu-Islam khususnya apabila tiga ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat menyuarakan pertikaian berhubung warta ke atas pertubuhan berfahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng.

Tulisan ini dikarang untuk mengajak ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya menerjah akal yang kadangkala masih tidak mahu berganjak dari kerangka pemikiran Malaysia di era 70 dan 80-an. - Mkini.
Aku cukup setuju dengan tulisan yang panjang lebar dalam Malaysiakini tu. Aku nampak PAS macam masih keliru dalam isu fatwa ke atas Sisters In Islam ni.

Para pemimpin PAS selalu sebut yang PAS adalah gerakan dakwah dan dalam masa yang sama adalah gerakan politik.

Dalam isu ni aku tak berapa nak nampak PAS sebagai gerakan dakwah. Kalau betul PAS sebagai gerakan dakwah, PAS tak sepatutnya menggunakan kaedah menghukum. Kaedah yang Khalid Samad dan Dr. Mujahid gunakan tu aku nampak lebih tepat dengan sisi PAS sebagai gerakan dakwah.

PAS sepatutnya buat dialog dengan SIS malah mungkin kalau perlu biadakan debat dengan SIS dan adakan siaran langsung supaya ramai boleh ikuti program tu.

Kalau betul SIS memang sesat sebab 'mengimani' fahaman liberalisme dan pluralisme, tentu para ustaz yang ramai dalam PAS takdak masalah untuk sedarkan SIS akan kesilapan depa dan yang lebih penting lagi orang ramai yang mengikuti program tu boleh tau dimana silapnya SIS tu dan depa boleh belajar dari kesilapan tu.

Aku yakin kalau nak buat program macam tu tiap-tiap malam pun PAS takdak masalah pasai dalam PAS ramai ustaz yang berwibawa untuk berdepan dengan SIS di atas pentas dialog atau debat.

Kalaupun dalam dialog atau debat tu para ustaz PAS gagal nak perbetul kesilapan SIS, aku yakin orang ramai sebelum ni bersimpati dengan SIS yang mengikuti akan nampak kebenaran yang para ustaz PAS bawa.

Dari sudut PAS sebagai gerakan politik, aku tak nampak kalau PAS gunakan kaedah menghukum macam tu boleh bagi keuntungan politik untuk PAS malah akan lebih merugikan lagi PAS. Sudah barang tentu akan ada ramai rakyat Malaysia yang akan bersimpati dengan SIS dan beri persepsi buruk kepada PAS.

Malah kalau digunakan kaedah dialog atau pun dsebat, tentu lagi ramai yang akan kagum dengan kehebatan ulama' dalam PAS dan dari sudut lain tentu punya PAS akan dapat berdakwah kepala lebih ramai khalayak.

Dan akhirnya aku yakin dengan kaedah dialog dan debat bukan kaedah menghukum tu sokongan kepada PAS akan semakin bertambah dan PAS akan semakin dihormati.

Kecuali la kalau para ustaz dalam PAS hanya pandai menghukum tapi lemah dalam nak berdialog atau berdebat dengan golongan plural dan liberal macam Sisters In Islam tu. Taktau la pulak kalau para ustaz dalam PAS cuma hebat berkuliah dalam surau dan masjid dan berceramah dipentas politik di markaz PAS saja.

Lagi satu, aku suka nak kopipes status facebook Naib Presiden PAS, Ust Tuan Ibrahikm Tuan Man yang mungkin sesuai untuk dipraktikkan menghadapi golongan macam Sisters In Islam ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...