Ada lagi ka aktivis PAS yang peduli pasai isu ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 08, 2014

Ada lagi ka aktivis PAS yang peduli pasai isu ni?

Aku harap sangat ada satu jawatankuasa khas di peringkat PAS Kawasan ditubuhkan khas untuk menguruskan isu persempadanan semula sempadan pilihanraya ni dan dipantau secara terus di peringkat Negeri dan Pusat.

AstroAwani melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk mengkaji semula kaedah peta persempadanan semula untuk meningkatkan akses dan penyertaan pengundi.

Masyarakat perlu mempunyai akses yang lebih mudah untuk melihat peta kawasan pilihan raya agar maklum balas dan bantahan boleh dilakukan pada tempoh ‘bantahan’ dalam masa 30 hari, di bawah undang-undang sedia ada, kata kumpulan masyarakat sivil. - AstroAwani.
Dalam keadaan PAS sekarang ni yang cukup kalut dengan masalah dalaman aku tak pasti ada jugak ka aktivis PAS yang peduli dengan isu persempadanan semula kawasan pilihanraya ni.

Perkataan Pasma dan jebon cukup popular dalam PAS sekarang ni terutama sekali dikalangan aktivis PAS. Ada yang sokong dan ramai jugak yang tentang dan ada jugak yang masih ambik sikap berkecuali sambil memerhati.

AstroAwani juga melaporkan:
Pada masa ini, SPR akan mengumumkan peta yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh kajian semula itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peta-peta baharu itu akan disiarkan di pejabat kerajaan negeri atau parlimen kawasan itu.

Dalam tempoh 30 hari, orang ramai boleh membantah sempadan yang dicadangkan oleh SPR, disusuli dengan siasatan apabila ia menerima bantahan daripada 100 atau lebih pengundi daripada kawasan parlimen itu.

"Pada masa lalu, cadangan kawasan oleh SPR menerima sedikit atau tiada langsung perhatian orang ramai selain bantahan daripada parti-parti pembangkang," kata Penganalisis persempadanan Tindak Malaysia Ng Chak Ngoon - Ibid.
Juga dilaporkan:
Saranan Tindak dibahagikan kepada beberapa cadangan termasuk paparan dalam talian peta yang dicadangkan, jadual, akses dokumen, paparan fizikal dan kaedah paparan.

Peta yang dicadangkan hendaklah disediakan dalam talian segera setelah ia diumumkan oleh SPR.

Untuk Ketelusan, SPR harus menetapkan garis masa proses persempadanan semula untuk orang ramai mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar sebagai pembantah dan mengajukan cadangan untuk persempadanan yang lebih adil raya. - Ibid.
Aku harap sangat bukan saja pihak Pengarah Pilihanraya peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan ambik berat sungguh-sungguh isu persempadanan semula, tapi juga dilibatkan sampai ke peringkat UPU dan Cawangan.

Aku harap sangat satu jawatankuasa khas di peringkat PAS Kawasan ditubuhkan khas untuk menguruskan isu persempadanan semula sempadan pilihanraya ni dan dipantau secara terus di peringkat Negeri dan Pusat.

AstroAwani juga melaporkan:
Tindak turut mengambil inisiatif membangunkan perisian untuk mencepatkan analisa kawasan parlimen yang dicadangankan SPR dan untuk menghasilkan peta yang menggambarkan pengagihan pengundi yang adil bagi kawasan pilihan raya.

Perisian ini boleh didapati di laman web Tindak. - Ibid.
Aku harap jentera pilihanraya PAS terutamanya, tolong buat kajian persempadanan semula yang Tindak buat melalui perisian TINDAK tu.

Kat bawah ni contoh peta cadangan dari perisian tu untuk Parlimen Parit Buntar. Aku pun tak buat kajian lagi, tengok la nanti-nanti kalau aku rajin.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...