Anwar akan 'paksa' TG Hj Hadi hadir mesyuarat Pakatan Rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 09, 2014

Anwar akan 'paksa' TG Hj Hadi hadir mesyuarat Pakatan Rakyat?

Apa pun, aku harap TG Presiden PAS tolong la jawab isu ni, biar kami ahli PAS peringkat bawah ni ada jawapan yang rasional sebab apa TG Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sinarharian melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.

Bagaimanapun Anwar berkata, beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya pemimpin Pas itu dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama antara PKR, DAP dan Pas pada masa akan datang. - Sinarharian.
Aku harap sungguh Anwar ada kaedah untuk pastikan Presiden PAS TG Hj Hadi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat selepas ni.

Macam yang aku update dalam status facebook aku, sebagai seorang ahli PAS aku sesungguhnya sangat-sangat malu bila presiden parti yang aku jadi ahli ditempelah dan dipermain-mainkan sebab kerap tak hadir mesyuarat.

Bertambah malu lagi bila Setiausaha Agung PAS bagi alasan bangang untuk mempertahankan Presiden PAS sampai keluar alasan Presiden PAS tak hadir mesyuarat tu perkara remeh.

Aku sebenarnya tak salahkan Cikgu Mustafa Ali dengan alasan bangang tu pasainya aku pun sebenarnya takdak hujjah atau alasan yang rasional yang boleh aku bagi untuk mempertahankan Presiden PAS kalau ada member yang bangkitkan pasai isu ponteng mesyuarat tu.

Dalam artikel Sinarharian yang bertajuk "Anwar akan pastikan Hadi datang mesyuarat" juga dilaporkan:
"Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.

"Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini. - Ibid.
Aku rasa lebih elok kalau Presiden PAS dibagi tanggungjawab untuk tetapkan tarikh mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan datang, lagi elok kalau surat panggil mesyuarat pun TG Presiden PAS yang tandatangan.

Mungkin dengan cara tu takdak sebab dah untuk Presiden PAS untuk ponteng lagi mesyuarat Pakatan Rakyat tu.

Apa pun, aku harap TG Presiden PAS tolong la jawab isu ni, biar kami ahjli PAS peringkat bawah ni ada jawapan untuk dijawab bila ada kawan bangkitkan isu yang sangat memalukan ni, malu sebab kami tak boleh bagi jawapan yang rasional sebab apa TG Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat.

Lagi satu, walaupun aku dah share dalam facebook tapi aku sebenarnya tertanya-tanya betul ka TG Presiden PAS tak pernah hadir mesyuarat Pakatan Rakyat sejak 20 bulan lepas macam tuduhan imej yang aku tampal kat bawah ni?

Aku harap sangat tuduhan tu palsu dan TG Presiden PAS nafikan tuduhan tu dengan bukti sekali.

Sumber imej: Facebook
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...